‘Anwar adalah dalang Insiden Lahad Datu’ merupakan kenyataan
yang sudah mula dihadamkan oleh semua pihak.
Bukan sukar untuk menghadamkan maklumat ini apabila Anwar sendiri
membuktikannya melalui tindakan, kata-kata dan responnya mengenai insiden ini
sebelum dan selepas ia berlaku.
Antara yang paling ketara ialah ‘nyanyian’ Anwar di dalam
beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang
berbunyi, “Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah
Hilang.” Nyanyian Anwar di beberapa
ceramah ini telah pun di-upload dan disebar secara meluas di Youtube, sekali
gus membuatkan para penyokongnya kelu untuk berkata-kata.
Soalnya, kenapa dan mengapa Anwar menyanyikan sedemikian
jika beliau bukannya dalang yang cuba menggoyangkan kerajaan dengan ancaman
untuk ‘menghilangkan’ Sabah? Perkara ini
dikuatkan lagi dengan twitter Tian Chua yang menyatakan beliau ke Filipina
beberapa hari sebelum kejadian.
Gambar-gambar pertemuan sulit Anwar dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF
dijadikan asas kepada penglibatan Anwar.
Anwar cuba menepis penglibatannya dengan alasan bahawa
pengganas yang mengganas di Lahad Datu bukan MNLF tetapi kumpulan tentera
Sulu. Namun, belum sempat Anwar berhujah
lebih panjang untuk membela diri, dunia mendapat laporan bahawa beberapa orang
pengganas yang tumpas telah dikenalpasti sebagai ‘orang-orang Misuari’ atau
MNLF. Dan kini, Nur Misuari sendiri
telah menyerlahkan penmbabitannya dengan cuba menjadi ‘orang tengah’.
Hakikatnya, Anwar telah banyak membuat kesilapan dalam
insiden Lahad Datu ini dan tindakannya yang ingin menyaman media tempatan yang hanya memetik
laporan dari agensi berita Reuters dan Manila Post mengenai penglibatannya,
merupakan kesilapan paling besar.
Malah, blog Anwar juga hanya memberi kata dua kepada Utusan dan TV3
untuk menarik balik petikan tersebut, tanpa langsung ‘menyentuh’ Reuters dan
Manila Post.
Lebih menarik, ugutan Anwar terhadap wartawan yang
bertanyakan hal tersebut, yang berbunyi, ‘You ulang, I saman’ kini menjadi bahan
jenaka di laman sosial sekali gus menjadi titik pengesahan kepada golongan atas
pagar bahawa Anwar benar-benar terlibat.
Anwar juga tidak berani menempelak, jauh sekali menyaman
Presiden Filipina, Benigno Aquino yang turut membayangkan dirinya sebagai
dalang, dengan memetik laporan perisikan.
Jika diteliti kenyataan Anwar mengenai insiden ini, kita
akan dapati bahawa beliau langsung tidak mengutuk pencerobohan pengganas Sulu
mahupun MNLF, sebaliknya kenyataannya hanyalah berkisar kecaman dan kritikan
terhadap kerajaan Malaysia serta tindakan polis dan tentera kita.
Jelas, Anwar begitu berhati-hati untuk tidak menyinggung
pihak pengganas.
Memandangkan Anwar adalah ‘juara’ isu kad pengenalan dan
kewarganegaraan di Sabah, adalah pelik sekali apabila Anwar tidak pula
mempertikaikan kerakyatan bangsa Sulu di negeri tersebut. Sedangkan, sebagai orang yang begitu lantang
mengkritik pemberian kerakyatan yang longgar, seharusnya Anwar menyarankan agar
kerakyatan mereka ditarik balik sahaja.
Tetapi, ini tidak berlaku, malah Anwar langsung tidak ‘menjentik’
orang-orang Sulu.
Mungkinkah Anwar sudah hilang ‘bakat’ lakonannya dalam
politik sehingga terlupa untuk membawa watak nasionalis tulen yang sayangkan
negara sepertimana sepatutnya? Apapun,
kita faham akan kesukaran Anwar untuk membawa berpuluh-puluh watak sekali gus,
dalam satu masa. Anwar tidak mungkin
boleh membawa watak nasionalis dengan mengutuk pihak Sulu atau MNLF kerana
mereka adalah merupakan ‘alat’ dan ‘umpan’ baginya untuk berkuasa. Pendek kata, mereka bekerja untuknya.
Justeru, Anwar hanya mengulang-ulang skrip yang sama iaitu
‘ingin menyaman Utusan Malaysia, TV3 dan siapa saja yang bertanyakan soalan
yang tidak mampu atau tidak berani dijawabnya’, serta mengutuk UMNO, BN dan
kerajaan Malaysia atas segala apa saja yang berlaku di Lahad Datu, Semporna
mahupun di mana saja di dunia!
Dan inilah saja yang mampu dibuat oleh Anwar setakat ini,
iaitu kesilapan demi kesilapan. Kepada Anwar, kita nyanyikan, “Tanya sama Anwar
kenapa Dato’ Seri berang, nanti jawab Anwar aku-lah dalang!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan