Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas
pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang
jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu
memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan
sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari
sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan.
Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam
kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu
Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati
terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu
hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik
licik itu sukar mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir
menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar
untuk ditangkis lawannya.
Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin
yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok
politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar
menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan
dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful
untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba
bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama
diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang
mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul
Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan
Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen
pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika
dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya…
SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat
licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya
sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika
mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan
kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt
Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang
giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah
kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma
guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang
selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan
bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah,
saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia,
Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong
dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah
fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru
baru.
5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir
sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya
sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun,
Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk
menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di
saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA
JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli
Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan
membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin,
calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan
(digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga
ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis
mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar
untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk
menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay
dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang
sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah
berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom
pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar
untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata
yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda
baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu
Azmin
8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes
Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut.
Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan
pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang
menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil
membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai
terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat
akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai
tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar
supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan
penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan
sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang
Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan
dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya
ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi
pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam
Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi,
watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya
akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR
dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan
agama demi kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan