Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.
Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta
persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu
sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya
mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu
satu alasan.
Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain
dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik
kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai
alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.
Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu,
perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan
pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti
Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih
laba politik untuk kepentingan sendiri.
Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang
menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar
dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan
ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.
Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal
menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah
Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah
kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat
Anwar hanya berbaki setahun sahaja.
Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga
terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti
biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar
dalam bahaya.
Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas
pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah
dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta
gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah
tulang belakangnya.
Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu
sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh
ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta
boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.
Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya,
andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik
manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula
gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari
aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti?
Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana
memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri
di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya.
Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir
serupa dengan perangai hantu raya.
Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam
bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan
dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak
maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.
Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta
rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang
bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di
Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.
Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di
bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai
toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak
membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.
Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta
olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta
sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi
terhadapnya. Hebat bukan?
Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan
sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya,
sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan
amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih
kepentingan politik.
Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar
Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam
beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu
adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.
Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya
sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan