Ahad, 17 Mac 2013

Beli Ayam Harga Jimat Di Pasar Tani.



Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini melancarkan Program Jimat Belanja Dapur 2013 peringkat Negeri Kedah di Pasar Tani Sungai Petani.

Pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, merangkap pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Perlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain.

Program Jimat Belanja Dapur bertujuan menangani masalah kenaikan kos sara hidup rakyat melalui jualan komoditi terpilih dari 5 -10 peratus lebih rendah dari harga pasaran melalui jualan di pasar-pasar tani.

Yang turut hadir Pengarah FAMA Negeri Kedah, Anuar Mohamed.

Tajul Urus berkata, untuk tahun 2013, pihak FAMA telah memilih produk 'ayam' untuk diberi harga istimewa sepanjang tahun ini dimana pengguna boleh mendapatkan subsidi sebanyak 70 sen untuk setiap ekor daripada peniaga di pasar tani.

Sebagai contoh, jika seekor ayam berharga RM10, pembeli hanya perlu membayar sebanyak RM9.30 kepada penjual manakala baki sebanyak 70 sen diberi subsidi oleh kerajaan melalui FAMA.



Menurutnya Program Jimat Belanja Dapur ini menunjukkan kerajaan sentiasa mendengar rintihan dan denyutan nadi rakyat terutama suri-suri rumah yang setiap hari berbelanja untuk keperluan dapur.

Beliau menjelaskan, kos subsidi harga ayam ini bagi negeri kedah sahaja berjumlah RM15,120.00 sebulan manakala untuk setahun jumlahnya ialah sebanyak RM181,440.00.

“Jadi ini ialah satu lagi aspek kebajikan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional bagi megurangkan bebanan rakyat selain pelbagai lagi bentuk subsidi yang telah diberikan kepada rakyat selama ini,” katanya.
Beliau turut menyeru rakyat supaya bersyukur serta berterima kasih kepada sebuah kerajaan yang perihatin terhadap kebajikan mereka setiap masa.

Tambahnya, program seperti ini bukanlah dibuat hanya bila menjelang pilihanraya tetapi ianya telah pun  dibuat sepanjang masa.

*Untuk rekod pada tahun lalu (2012), Program Jimat Belanja Dapur memberi tumpuan kepada menurunkan harga sayur-sayuran di pasar tani sebanyak 20-30 peratus.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikom/salam sejahtera buat semua pembaca..

Sekadar cadangan:Kawasan perumahan Mukim Bujang (Lembah Bujang Utama)sekiranya BN boleh anjurkan gabungan Pasar Tani, Pasar Malam & Bazar Larut Malam (Uptown)setiap hari Sabtu supaya mendapat sambutan ketika orang ramai cuti hujung minggu. Mekanisma perlaksanaan, Jumaat tgh mlm diadakan Uptown bersambung Sabtu pagi-tgh hari diadakan Pasar Tani dan kemuncak acara jual beli petang-malam Sabtu dengan diadakan Pasar Malam. Mohon pendapat..

Zul_Bujang berkata...

Assalamualaikom/salam sejahtera buat semua pembaca..

Sekadar cadangan:Kawasan perumahan Mukim Bujang (depan mrsm) sekiranya BN boleh anjurkan gabungan Pasar Tani, Pasar Malam & Bazar Larut Malam (Uptown)setiap hari Sabtu supaya mendapat sambutan ketika orang ramai cuti hujung minggu. Mekanisma perlaksanaan, Jumaat tgh mlm diadakan Uptown bersambung Sabtu pagi-tgh hari diadakan Pasar Tani dan kemuncak acara jual beli petang-malam Sabtu dengan diadakan Pasar Malam. Mohon pendapat..