Jumaat, 24 Mei 2013

Insiden Lampu Padam Semasa Pengiraan Undi Sudah Dilakonkan Sebelum PRU-13 ,Akhirnya Terbongkar




KUALA LUMPUR  - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

“Mereka sudah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.

Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.
“Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

“Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat ‘tweet’ mengatakan lampu padam oleh ‘cybertrooper’ yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.
“Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

“Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

“Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,” katanya. – Bernama

Rektor KUIN Letak Jawatan Disaat Kakitangan Memerlukannya.




Ketika kakitangan KUIN mendesak Rektor KUIN si Jamil letak jawatan, Jamil telah mengunakan kuasanya mengeluarkan surat tunjuk sebab gara gara kumpulan ini mendedahkan kelahapannya mentadbir KUIN dalam media media utama sehingga isu ini berjaya menarik minat seluruh rakyat Malaysia.

Selepas Kedah berjaya ditawan semula oleh BN, Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz mengarahkan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah iaitu Datuk Tajul Urus berkerjasama dengan Jamil Rektor untuk mencari jalan penyelesaian dan permasalahan yang dihadapi oleh KUIN dan kakitangannya.

Jamil Osman telah dilantik sebagai Rektor KUIN oleh Azizan ketika Pas menerajui kerajaan negeri bertindak melepaskan jawatan secara mengejut pada beberapa hari yang lalu.

Datuk Tajul Urus melahirkan rasa kecewa dengan tindakkan Jamil yang tidak profesional.. Walaupun berbeza fahaman politik, Jamil perlu memikirkan masalah berbangkit dalam pentadbirannya di KUIN, bukannya melepaskan jawatan secara mengejut..

Ekoran itu, banyak spekulasi boleh ditimbulkan rakyat, dimana beliau selaku peneraju KUIN dilihat lepas tangan selepas menghancurkan KUIN..

Isu penyelewengan adalah isu pokok dibangkitkan dimana pihak pengurusan gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka dan beberapa pekara melibatkan pengurusan kewangan. Kedua berhubung dengan kelayakan pensyarah dan ketiga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik..

Sekarang ini Kerajaan negeri dan Kuin terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil yang mana Kampus induk itu tidak mempunyai kemudahan asrama dan Masjid walaupun pada kos awalan yang dipinjam ianya meliputi segalanya..

Jumlah bayaran balik pinjaman RM46 juta itu belum termasuk kos pengurusan yang dianggarkan mencecah RM18 juta setahun..Jika dicampur kedua dua jumlah itu, Kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan sebanyak RM64juta setahun dan jika dibahagikan dengan jumlah pelajar seramai 6000 orang dan 200 kakitangan, kerajaan negeri terpaksa belanja sebanyak RM 10,322 bagi setiap seorang..

Benar apa yang Menteri Besar katakan, jumlah hutang sebanyak RM46 juta itu lebih berfaedah jika dibuat rumah mampu milik untuk rakyat.. Memandangkan segala projek penebangan BALAK diberhentikan, Kerajaan negeri sekarang ini sedang berusaha untuk mencari jalan alternatif lain bagi menjana pendapatan TANPA perlu bergantung kepada pengondolan hutan secara besar besaran seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan Pas sebelum ini..

Kami yakin dengan pengalaman Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebagai mantan Timbalan Menteri sebelum ini mampu membawa perubahan yang terbaik buat rakyat Kedah..

Tindakan Rektor Kuin letak jawatan serta-merta dikesali.


BALING 23 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md. Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Datuk Dr. Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.

Katanya sekali pun kerajaan negeri kini diterajui Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi Kuin.

"Pagi tadi saya berkesempatan melawat ke Kampus Mergong, Alor Setar dan bertemu dengan kesatuan pelajar. Ada dua rungutan utama iaitu berhubung kelayakan pensyarah dan juga kemudahan asrama serta surau yang perlu ditambah baik, manakala sebelah petang saya berkunjung ke kampus di Kuala Ketil di sini.

"Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan rektor, tetapi saya dimaklumkan tadi bahawa rektor sudah menghantar surat peletakan jawatan pada 20 haribulan lalu. Saya juga agak kecewa, sepatutnya rektor juga ada bersama hari ini," katanya ketika ditemui media selepas melawat kampus Kuin di Kuala Ketil.

Menurut Tajul Urus, beliau dimaklumkan oleh pihak pentadbiran Kuin peletakan jawatan Jamil berkuat kuasa pada hari beliau menghantar surat iaitu Isnin lepas.

Tajul Urus dipertanggungjawabkan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk melihat masalah yang dihadapi Kuin serta mengemukakan penyelesaian yang menjamin kebajikan pelajar dan warga kerja Kuin.

Antara masalah berkenaan ialah dakwaan warga kerja Kuin bahawa pihak pengurusan menyeleweng kerana gagal melakukan caruman kepada pihak ketiga walaupun pemotongan gaji dicatat pada slip gaji mereka.

Kerajaan negeri dan Kuin juga terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM46 juta setahun bagi pembinaan kampus induk di Kuala Ketil.

Kampus induk itu juga tidak mempunyai kemudahan asrama yang menyukarkan kehidupan pelajar yang terpaksa berpindah-randah.

BN Kedah mewarisi masalah itu yang timbul ketika Kedah diterajui Pas sejak 2008 hingga Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Mengulas pelantikan rektor baharu, Tajul Urus berkata, seorang pentadbir akan ditempatkan di situ sementara menunggu pelantikan baharu oleh Lembaga Pengarah Kuin.

Mengenai hasil lawatannya hari ini, beliau berkata, ada beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk mengenai kursus yang ditawarkan dan bilangan pelajar.

"Kita akan minta laporan menyeluruh daripada Kuin dan akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar untuk buat cadangan dan keputusan. Apa yang penting, kita mahu Kuin sama seperti kolej-kolej swasta terkemuka yang lain," katanya.

Beliau tidak menolak akan berlaku rombakan terhadap program yang ditawarkan Kuin jika tindakan itu memberi manfaat kepada Kuin.

Kuin kini mempunyai 6,000 pelajar dengan 1,500 daripadanya belajar di kampus Kuala Ketil yang mula dibuka awal tahun ini, manakala selebihnya masih berada di kampus lama di Mergong. - BERNAMA

Rabu, 22 Mei 2013

Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap



Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.



Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera  akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat  Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.

Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

Sabtu, 18 Mei 2013

Segera Selesai Masalah KUIN - Tajul Urus



KUALA NERANG - Kerajaan negeri meletakkan keutamaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam masa terdekat.

EXCO Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata ia termasuk isu penempatan pelajar di kampus Kuala Ketil, Sejak institusi pendidikan itu diuruskan oleh kerajaan PAS Kedah sebelum ini.

“Kita sedar sejak lima tahun berada dibawah pentadbiran PAS, banyak masalah melanda KUIN yang tidak dapat diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan imej kolej universiti itu sendiri.

“Justeru, apabila diberi amanah memegang portfolio pendidikan, saya melihat isu KUIN harus diberi keutamaan dalam menyelesaikan masalah pendidikan di negeri ini kerana tidak mahu masalah itu terus menjejaskannya,” katanya.

Sejak diambil alih oleh kerajaan PAS kedah pada 2008, KUIN dilanda pelbagai isu antaranya melibatkan kebajikan pelajar dan kakitangan termasuk isu penggunaan bangunan kuliah di kampus Kuala Ketil sebagai tempat penginapan sementara pelajar.

Pada masa sama, Tajul Urus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai berkata, beliau tidak mahu KUIN terus menjadi bahan politik sebaliknya mahu institusi itu ditadbir dengan cekap bagi memastikan ia menjadikan pusat pendidikan yang disegani.

“kita akan menyelesaikan semua masalah membabitkan KUIN kerana tidak mahu pelajar menjadi mangsa di atas semua kemelut yang melanda KUIN sebelum ini.

Terdahulu, Tajul Urus pulang ke kampungnya di Kampung Baru di sini untuk menemui ibunya, Munah Kasa, 87, bagi mendapatkan restu menjalankan tugas dan amanah.


Oleh Maria Uffa Zulkafeli
Dipetik dari Berita Harian




Jumaat, 17 Mei 2013

Mukhriz Minta Semua Pihak Ketepi Fahaman Politik Majukan Kedah.



JERLUN - Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengetepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.

“Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.

"Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.

"Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang apa-apa,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, di sini hari ini.

Mukhriz berkata, untuk membawa Kedah ke tahap yang sama dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.

Beliau menambah, Kedah sudah agak lama tercicir dari arus pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan pusat.

“Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

"Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah,” katanya. - Bernama

Anwar Si Munafik Sukar Terima Ketentuan Illahi.



Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.

Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.

Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.


Rabu, 15 Mei 2013

Terkini...!!! Senarai Penuh Barisan Kabinet Malaysia 2013 - 2018!



 Berikut adalah BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013 - 2018.

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

senarai Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.



1. YAB Datuk Paduka Haji Mukhriz Mahathir (Menteri Besar Kedah) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan & Syarikat Milik Kerajaan Negeri.

2. YB. Dato' Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.

3. YB. Datuk Suraya Yaacob (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan.

4. YB. Dato' Dato' Haji Tajul Urus (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya.

5. YB. Haji Badrol Hisham bin Hashim (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan.

6. YB. Haji Mohd Rawi bin Abd. Hamid (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Agama, Hal Ehwal Masyarakat India & Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan.

7. YB. Datuk Mohd Tajudin Abdullah (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan.

8. YB. Aminuddin Bin Omar (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan.

9. YB. Norsabrina Mohd Noor SaBrina AziZan (Ahli Majlis) :: Portfolio ~ Pengerusi J/K Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi.

Tahniah buat semua... BN Menang Rakyat Senang...

8 Exco baharu Kedah angkat sumpah jawatan




ALOR SETAR 15 Mei - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pukul 10 pagi.

Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Datin Noor Sabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu).

Kesemua lapan ADUN tersebut belum pernah dilantik ke jawatan itu dengan empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Yang turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, BN memperoleh sebanyak 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan memerintah negeri ini. - UTUSAN

Senarai Menteri Kabinet Baru 2013 ( Tidak Rasmi)




Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani Ghani

Sumber: KLPOST

Isnin, 13 Mei 2013

Akujanji BN Kedah - Pembangkang Sebar Sms Palsu.


Tidak dapat menerima kekalahan PAS di Kedah, pelbagai fitnah kini giat disebarkan dipercayai bertujuan menghuru-harakn pentadbiran BN di Kedah.

Di pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam, beberapa orang yang menerima sms dari pihak tidak diketahui datang untuk menuntut beberapa perkara pelik yang tidak pernah dijanjikan BN sebelum Pilihanraya Umum ke - 13 lalu.

Antaranya berkenaan Akujanji BN Kedah yang kononnya akan memberi bantuan barangan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

Selain itu ada juga yang datang untuk mendaftar bagi mendapatkan seekor lembu yang kononnya juga didakwa sebagai Akujanji BN Kedah.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, BN Kedah tidak pernah menjanjikan perkara seperti itu kepada rakyat negeri Kedah.

Beliau yang juga ADUN Tanjung Dawai berkata, sebaliknya Akujanji BN Kedah lebih menjurus kepada perkara teras termasuk hal ehwal agama, transformasi ekonomi, sosial, belia, sukan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Ia menggariskan lebih 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah antaranya, 

- Menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab

- Menaik taraf semua pusat tahfiz

- Membangunkan 'Bandar Raya Getah' Kota Putra di Padang Terap yang akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan

- Membangunkan Alor Setar menjadi bandar raya metropolis

- Membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas

- Melonjakkan kembali Taman Teknologi Tinggi Kulim sebagai ikon industri berteknologi tinggi negara

- Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil

- Menaik taraf jeti di Kuala Kedah dan Langkawi untuk keselesaan para pelancong

- Menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju bagi memudahkan rakyat memiliki rumah

- Memperhebatkan pembinaan rumah untuk dimiliki

- Meningkat dan membaik pulih sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat

- Menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah menerusi pembangunan semua peringkat

- Melonjakkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai institusi pengajian tinggi negeri Kedah yang ulung melalui pengkhususan jurusan kepakaran Kuin

- Memastikan kebajikan warga Kuin seperti kemudahan tempat tinggal, gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf seperti mana yang layak mereka nikmati.

Siapa Exco Kerajaan Negeri Kedah?

ALOR SETAR – Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu di Istana Anak Bukit di sini Rabu ini.

Upacara mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada pukul 10 pagi.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi semalam mengadakan pertemuan dengan ADUN Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Aman di sini.

Pertemuan tertutup itu antara lain dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Spekulasi ADUN yang bakal mengisi senarai Exco mula menjadi bualan setelah Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 pada 6 Mei lalu.

ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat termasuk pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan merupakan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.

ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab serta Siam selain fasih berbahasa Melayu dan Inggeris pula dijangka memegang portfolio pelancongan dan agama.

Sementara ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan pula disebut-sebut bakal memegang portfolio berkaitan wanita dan keluarga.

Wakil rakyat lain yang turut dijangka ialah ADUN Belantek, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dikatakan akan memegang portfolio luar bandar manakala ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam portfolio pendidikan.

Muka baharu yang turut mendapat kepercayaan Mukhriz ialah ADUN Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim untuk memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan serta ADUN Jitra, Amiruddin Omar bagi portfolio belia dan sukan.

Turut mendapat tempat dalam Exco Kerajaan Negeri Kedah ialah ADUN Bandar Baharu, Datin
Noor Sabrina Mohd. Noor yang merupakan ahli biologi dengan memegang portfolio teknologi maklumat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkannya memerintah negeri ini.

Lazimnya kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 Exco untuk memegang pelbagai portfolio, namun dipercayai kerajaan negeri pada kali ini akan melantik lapan orang sahaja untuk ke jawatan berkenaan.

Ia berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil rakyat parti itu dalam kerajaan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU-13 selain tiada calon MIC Kedah yang menang.

Menteri Besar bagaimanapun boleh mewujudkan satu jawatan khas setaraf Exco masing-masing untuk mewakili kaum Cina, India dan Siam. - KOSMO

Ahad, 12 Mei 2013

UMNO bukan parti rasis - PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, UMNO menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.

"Inilah formula terbaik UMNO (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.

"Kita tidak akan benarkan politik sedemikian... opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun UMNO ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Najib berkata, jika bukan kerana isu perkauman yang dimainkan pakatan pembangkang, beliau percaya BN mampu memperoleh majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berakhir Ahad lepas.

Pada PRU13, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dengan UMNO kekal sebagai tonggak gabungan itu apabila menyumbangkan 88 kerusi.

Perdana Menteri berkata, pencapaian UMNO pada pilihan raya umum kali ini adalah lebih baik berbanding 2008 meskipun diasak dan diserang pelbagai tohmahan serta fitnah daripada pembangkang.

"Tapi, pada akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi yang dibawa BN diteruskan," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, UMNO memenangi 79 kerusi Parlimen. - BERNAMA