Isnin, 16 April 2012

Isu PTPTN, Dr. M Dedah Tembelang Anwar.

Tiada pelajaran percuma di institusi pendidikan tinggi di negara ini seperti mana boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (Pendidikan ) Secara percuma...Kita boleh mansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tapi orang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi",katanya selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam. 

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas Pilihraya Umum nanti.

Beliau menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu ketua pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

"Itulah Anwar...dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa", katanya.

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan cadangan Anwar memansuhkan PTPTN sandiwara semata-mata kerana pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar individu bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 julai 1997.

Menurut blog itu, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Dr, Mahathir telah mengambil cuti 2 bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, dalam pentadbiran sesebuah negara, pemimpin bukan sahaja perlu mahir ilmu pengurusan pentadbiran, tetapi perlu ada kecekapan dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi dan kajian saintifik.

Beliau berkata, kecekapan dalam bidang itu diperlukan bagi melengkapkan keupayaan pengurusan dalam negara.

"Sebab itulah di Malaysia sejak awal lagi peruntukkan sebanyak 25 peratus daripasa belanjawan setiap tahun diberikan untuk pelajaran bagi tingkatkan ilmu pengetahuan.

"Ini satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat membangunkan negara dengan lebih pesat dan baik", katanya.

Dr. Mahathir berkata, tiada siapa dapat menafikan kemajuan negara kerana rakyat sedar tanggungjawab mereka dan mereka sentiasa mengejar ilmu.


Tiada ulasan: