Sabtu, 5 Januari 2013

Apa niat sebenar Hadi!.


- Oleh DATUK Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah.
Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam bersiaran secara langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Haji Hadi yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub dan ahli seumur hidup Pas, CN Al-Afghani melalui bukunya Kafirkah Aku!.
Desakan Abdul Hadi turut disokong oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara dan membela diri.
Saya tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya. Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri dan hak bersuara.
Apa yang saya pertikaikan ialah amalan politik dua alam, cakap tak serupa bikin dan demokrasi hipokrit amalan pembangkang.
Contohnya, mengapa semasa Pas membat keputusan memecat Datuk Dr. Hasan Ali, beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.
Malah, Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau. Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat!
Mana suara Nik Aziz atau Abdul Hadi semasa itu. Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis!
Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat al-Quran dan hadis serta hukum Islam dicedok dan digali untuk melapik tuntutan serta desakan mereka!
Ini pada saya adalah amalan politik jijik dan kotor kerana mempergunakan syariat Islam hanya untuk kepentingan politik peribadi!
Kedua, Abdul Hadi perlu ingat, beliau ada ruang di Harakah dan media-media portal pembangkang yang lain untuk memberi penjelasan. Apatah lagi dengan dunia Internet, beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan media lain. Malah beliau boleh buat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai.
Dalam keadaan ruang cukup luas yang ada untuk beliau memberikan penjelasan, Abdul Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkah ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau?
Selanjutnya, Abdul Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Haji Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub dan bekas ahli seumur hidup Pas.
CN Al-Afghani bukan calang-calang orang. Beliau pernah duduk dipimpinan Pemuda Pas Negeri. Malah Naqib usrah beliau ialah arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Pas! Beliau juga pejuang mujahidin di Afghanistan dan Kashmir. Malah beliau pembela balu syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)!
Beliau yang membongkar kesan Amanat Haji Hadi 1981 melalui bukunya Kafirkah Aku!.
Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Haji Hadi itu sehingga mengkafirkan ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO!
Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub Pas yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi tampil ke depan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat amanat itu.
Kita dengar mereka menceritakan tentang nikah kali kedua, sembelihan keluarga sendiri daripada kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam daripada UMNO, solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Haji Hadi.
Jadi pada saya, Abdul Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Islam berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Kami semua sudah faham bahawa amanat itu sesat dan bercanggah dengan akidah/ syariat Islam. Malah para ulama, mufti dan ahli agama telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Haji Hadi itu sesat dan bercanggah dengan syariat Islam.
Jadi umat Islam bangsa Melayu serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan faham penjelasan Abdul Hadi kerana kami sudah tahu. Malah kami tidak pernah mengikut pun Amanat Haji Hadi itu.
Yang perlu tahu, dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub Pas dan Abdul Hadi yang sehingga ke hari ini tidak menyedari tentang kesesatan Amanat Haji Hadi tersebut. Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara seagama dan sama akidah hanya kerana amanat itu.
Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status ‘mati syahid’ Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain yang mati terbunuh dalam Peristiwa Memali.
Kalau Amanat Haji Hadi itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu akidah turut dibunuh kononnya halal kerana ‘Polis UMNO’!
Apa nasib mereka ini semua?
Kepada mereka ini yang Abdul Hadi wajib berikan penjelasan. Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan kafir serta jahiliyah!
Kalau begitu kedudukannya, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Januari 2003, Abdul Hadi membuat ‘Amanat Hadi’ yang menyatakan peruntukan mengenai Islam cukup seperti dalam Perlembagaan!
Mereka juga mahu tahu kenapa perjuangan negara Islam dibuang, diganti dengan negara kebajikan!
Mereka mahu tahu benarkah negara Islam tiada dalam al-Quran? Kalau benar, mengapa Abdul Hadi melancarkan Dokumen Negara Islam pada tahun 2004?
Mereka mahu tahu apa kedudukan Dokumen Negara Islam yang digubal oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din? Apakah Dokumen Negara Islam itu kini bercanggah dengan al-Quran memandangkan Negara Islam rupanya tiada dalam kitab suci itu?
Mereka juga mahu tahu adakah Mesir yang masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin juga adalah negara kafir.
Kalau Mesir masih kafir, bagaimana kelulusan dan ijazah Abdul Hadi dan ramai ustaz dalam Pas yang mendapatnya daripada Mesir? Adakah kelulusan dan ijazah mereka tidak mengikut syariat kerana dikeluarkan oleh negara kafir?
Mereka juga mahu tahu adakah Turki juga kafir kerana bukan sahaja mengekalkan undang-undang penjajah, tetapi meneruskan status sekularisme mereka walaupun kini diperintah oleh Reccep Tayyib Erdogan daripada Parti AKP!
Mereka juga mahu tahu adakah Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia kafir kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah Belanda dan meletakkan Pancasila sebagai prinsip rukun negara Indonesia! Malah amalan homoseks bukan kesalahan jenayah di Indonesia! Apakah Indonesia kafir?
Kalau mengambil Amanat Haji Hadi sebagai kayu pengukur, maka Mesir, Turki dan Indonesia adalah negara kafir, dan kerajaannya kafir kerana masih mengekalkan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan penjajah!
Kalau Mesir, Turki dan Indonesia tidak kafir, mereka mahu tahu mengapa Malaysia dan kerajaannya kafir?
Sebenarnya banyak persoalan yang pengikut taksub dan ahli serta penyokong Pas mahu tahu. Bukan kepada umat Melayu-Islam di Malaysia sebab kami sudah tahu dan kami memang menolak Amanat Haji Hadi.
Jadi tidak perlu Abdul Hadi memberi penjelasan melalui RTM, TV3 atau Utusan Malaysia.
Cukup kalau Abdul Hadi memberi penjelasan melalui Harakah dan media pembangkang, juga melalui Youtube dan media alternatif yang lain.
Awang Hadi juga boleh kerahkan semua ahli, penyokong dan pengikut taksub Pas mengadakan perhimpunan besar di Stadium Kota Bharu, Kelantan untuk tujuan itu. Kalau perlukan bantuan, Abdul Hadi boleh minta bantuan Ambiga Sreenavasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.
Boleh begitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Siapa Amalkan Politik Suku Agama Suku?

Salah satu intipati utama dalam Amanat Hadi yang mendorong ramai pengikut PAS percaya dan yakini yang UMNO adalah kafir ialah ungkapan “politik suku agama suku” yang difahami oleh penyokong PAS ia merujuk pada fahaman yang kononnya menjadi pegangan UMNO.

Rentetan dari situ, para penyokong PAS beriktikad dalam hati dan tutur katanya bahawa menyokong UMNO adalah haram di sisi Islam dan jika mengundi BN hukumnya kafir atau akan gugur akidahnya.
Kepercayaan songsang sebegini berlaku kerana wujudnya sikap taksub buta tuli yang dikembang biak oleh pemimpin PAS dan ia bertambah parah apabila dalam mana-mana ceramah di pentas politik PAS tidak pernah lupa memainkan propagandanya bahawa UMNO juga menolak Islam.
Kesan daripada doktrin sedemikian akhirnya terus terpahat kukuh di sanubari ramai pengikut PAS tanpa sekelumit pun timbul persoalan sejauh mana benarnya dakwaan songsang pemimpin-pemimpin PAS yang hanya bermodalkan air liur itu.
Langsung tak terdetik di hati mereka betulkah pemimpin UMNO mengemudi parti dengan bersandarkan pegangan bahawa politik suku dan agama suku atau dengan maksud lain politik dan agama Islam mesti diasingkan?
Tak terlintas di benak mereka untuk bertanya lebih lanjut apakah menyokong UMNO benar-benar akan menyebabkan akidah gugur atau terpesong seterusnya menjadi kafir dan tak termungkin mencium bau syurga di akhirat kelak?
Jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya tidak sukar untuk ditemui jika pengikut PAS dan pemimpinnya ikhlas meletakkan kebenaran hakiki melampaui kepentingan politik kepartian.
Sebetulnya, sebagaimana penganut Islam yang lain, para pemimpin UMNO, ahli dan penyokongnya senantiasa berpegang teguh bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam.
Bezanya antara UMNO dan PAS ialah, UMNO memperalatkan kuasa politik demi kepentingan agama serta memartabatkan Islam, di masa yang sama memanfaatkan kuasa yang diperolehi untuk manfaat orang Melayu Islam.
Manakala PAS pula, mempergunakan agama Islam untuk mengejar laba politik duniawi demi memenuhi selera peribadi. Dek kerana itulah walaupun kalimah Allah s.w.t dituntut oleh mubaligh dan paderi Kristian, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah mempersetujui tuntutan tersebut.
UMNO sejak ia ditubuhkan hingga sekarang sentiasa peka dengan tuntutan ummah apabila berjaya memperjuangkan martabat agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara.
Dan Perlembagaan Negara yang terbentuk dari hasil perjuangan UMNO itulah yang kini mahu dipertahankan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang melalui Buku Jingga yang ditandatanganinya sendiri.
Walhal lebih 3 dekad lalu dalam Amanat Hadi pada 1981, beliau mengajak penyokong PAS menentang Perlembagaan Negara yang didakwanya adalah perlembagaan jahiliah, sekular dan kafir.
Jika benar UMNO mengamalkan fahaman “politik suku agama suku” sebagaimana dipropagandakan oleh PAS, nescaya jadi sekularlah negara kita sebagaimana Indonesia yang menetapkan Pancasila sebagai roh negaranya ataupun menjadi seperti Turki yang menetapkan agenda sekular sebagai pegangan negara.
Dalam hal “politik suku agama suku” para pengikut PAS sepatutnya menuntut pemimpin mereka supaya mencerminkan muka sendiri untuk mengetahui siapa sebenarnya mengamalkan pegangan songsang itu.
Bukankah Nik Aziz pernah memperlekehkan teguran Mufti Perak, Ustaz Harussani Zakaria dengan meminta Tuan Mufti yang lantang bersuara itu supaya menjauhi politik? Tidakkah itu bermakna Mursyidul Am PAS tanpa sedar mahu mengasingkan politik dan agama?
Begitu juga apabila Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjauhi unsur politik, bukankah gesaan itu bermatlamat menghalang teguran pihak JAKIM berkaitan politik sekaligus memberi gambaran PAS menolak campurtangan Jabatan Agama dalam hal politik?
Malah Ketua Dewan Ulama PAS, Haron Taib juga pernah dengan lagak egonya mempersoalkan campurtangan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan berikutan teguran mereka berdua berhubung kesesatan Amanat Hadi.
Kesemua tingkah laku pemimpin-pemimpin PAS itu segalanya menjurus kepada “politik suku agama suku”. Bukan begitu?

Jumaat, 4 Januari 2013

Negara kebajikan cara BN, lebih 10juta rakyat akan terima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia.


Lebih 10 juta rakyat akan menerima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang akan menawarkan diskaun dari 10 hingga 50 peratus di kedai-kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D"Cruz berkata sehingga kini lebih 4,500 peniaga bersetuju menawarkan diskaun itu untuk kegunaan semua lapisan masyarakat dan menjangka angka itu terus meningkat.
KDR1M merangkumi perkhidmatan perubatan klinik; restoran makanan & minuman; hotel penginapan; arena sukan & kecergasan; pemborong & runcit; taman tema tertutup & luar; pembinaan & hiasan dalaman; resort peranginan; pakaian & aksesori kenderaan; perlindungan insurans am dan sebagainya.
"Pada masa ini telah diwujudkan kad diskaun untuk polis, tentera dan siswa.
Selepas ini kita akan keluarkan KDR1M, di mana lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun apabila membeli barang keperluan mereka," katanya ketika merasmikan ibu pejabat baru Informasi Malaysia di No 30B, Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, Putrajaya. - BERNAMA

Khamis, 3 Januari 2013

MasyaAllah! Haji Hadi Kafirkan Diri Sendiri!

Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981, berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad.  Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya, yang antaranya berbunyi:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Daripada Amanat Hadi di atas, adalah jelas bahawa beliau menyeru pengikutnya menentang UMNO kerana mengamalkan  perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.  Beliau  kemudian merujuk kepada penentangan itu sebagai jihad di mana sekiranya terkorban dalam keadaan menentang UMNO adalah syahid kerana UMNO itu kafir akibat mengambil sikap  ‘politik suku, agama suku’ iaitu mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah yang seperti yang disebut sebelum itu.
Menurut Islam, dalam konteks di atas, sebuah penentangan yang dipanggil jihad adalah penentangan yang bersifat peperangan atau pertempuran antara orang Islam dengan pihak yang  memerangi Islam dan orang Islam.   Syahid pula adalah kematian dalam ketika sedang berjuang ke jalan Allah SWT iaitu memerangi pihak yang memerangi Islam dan orang Islam itu tadi.   Kafir pula adalah merujuk kepada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT.
Justeru, kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa Amanat Hadi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana terbukti UMNO langsung tidak menepati ciri-ciri kafir sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran.
Malang bagi kita kerana ramai juga umat Islam di Malaysia yang terlalu mudah terpengaruh dan menjadi taksub dengan Amanat Hadi kerana enggan menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk mengupas intipati Al-Quran.  Kerana itu terjadilah perpecahan yang teruk dan berpanjangan di kalangan umat Islam iaitu antara jiran tetangga, saudara mara, adik beradik, keluarga dan suami-isteri.   Walaupun zaman telah berubah, namun ketaksuban segelintir mereka masih kekal sama selagi Hadi sendiri tidak meletakkan titik noktah mahupun memadamkan amanatnya.
Dari perkembangan semasa, nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya, atau dalam ertikata lain, masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.
Namun, yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan ‘berjihad’ menentang UMNO yang ‘kafir’, Hadi telah tidak semena-mena telah ‘mengkafirkan’ diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO.  Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama Pakatan Rakyat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi:
“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.” (Buku Jingga PR)
Ini diperkuatkanlagi dengan Ucapan Dasar Hadi sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar PAS 2012 yang bertajuk, Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.  Antara kandungan ucapan ini ialah:
“Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga, PAS juga ingin melebarkan 20 komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya, selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti.”
dan
79.   Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah, untuk memartabatkan Islam                sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita, membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat, agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan, memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan, dan sebagainya.
Sebenarnya, Hadi telah lama mengkafirkan dirinya iaitu ketika menuju PRU-11 lagi,  iaitu ketika  PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.  PAS kemudian membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Hadi berkata;
“Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan.  Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”
Justeru, apa sudah jadi Hadi?  Akhirnya, perlembagaan dan undang-undang yang dahulunya dikatakan menjadi punca UMNO jatuh kafir kini turut dijunjung dan dipegang oleh Hadi.

Nampaknya, begitu tinggi sekali riak, takbur dan egonya manusia yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama ini, sehingga sanggup mengkafirkan diri sendiri daripada menarik balik amanatnya.   MasyaAllah!   Apa lagi yang nak dikata..??

Selasa, 1 Januari 2013

Perutusan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Tun Najib Razak Sempena Tahun Baru 2013.

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian,
Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.
Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Rakyat Malaysia Yang DiKasihi,
Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013, serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional.
Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Kedua, meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan.
Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.
Keempat, untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan. Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak, sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang kukuh, kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.

Rakyat Malaysia Yang DiHormati,
Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi serta teliti, dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.
Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. Tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukan sesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita.
Saya dan Kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dokongan padu tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akan menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi.
 
Rakyat Malaysia Sekalian,
Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.
Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang, tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yang majmuk, dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang. Kemungkinan itu suatu rahmat. Kemungkinan itu asas aspirasi. Saya menyeru untuk kita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia muncul sebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar.
Akhir kata, saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia.

Selamat Tahun Baru 2013.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ahad, 30 Disember 2012

6 jam pun boleh kalau Hadi Awang setuju jumpa cikgu Non.


Tak tahulah sama ada benar Hadi Awang yang berkata, dia mahukan 1 jam siaran untuk dia menerangkan tentang AMANAT HAJI HADI secara langsung menerusi siaran televisyen, atau sebenarnya Hadi Awang cuba didesak oleh puak-puak dalam PAS yang sudah kepanasan penangan AMANAT HAJI HADI 1981 yang masih tidak dan sampai bila-bila pun tidak selesai.
Rais Yatim dah bagi persetujuan dan peruntukan masa untuk Hadi Awang menerangkan tentang AMANAT HAJI HADI 1981 yang dikatakan oleh pecacai PAS, kononnya ia bukan untuk orang UMNO walaupun dari tahun 1981 sehingga sekarang, terlalu ramai orang UMNO yang telah dikafirkan oleh orang PAS, menerusi televisyen.
Sebenarnya kalau setakat Hadi Awang bercakap seorang diri di hadapan kamera dan kata-katanya kemudian dipancarkan ke seluruh negara, ia belum cukup untuk menerangkan tentang isi amanat tersebut.
Yang paling penting, Hadi Awang perlu bercakap di hadapan kumpulan bekas dan masih lagi anggota PAS yang sangat percaya, bahawa melawan UMNO adalah jihad, malah derma untuk para penceramah PAS juga dianggap jihad.
Lebih afdal lagi sekiranya, dia bercakap di hadapan bekas-bekas orang PAS yang pernah menjalankan tugas amanat tersebut, mengkafirkan orang UMNO dengan pelbagai cara, termasuklah dengan menceraikan isteri masing-masing yang merupakan Wanita UMNO.
 
 
Lebih menarik, jikalau Hadi Awang bercakap di hadapan bekas orang PAS yang pernah bertekak sampai terkeluar anak tekak di serambi masjid menerangkan dalil dan nas mengapa orang UMNO kafir.
Mungkin ada baiknya juga kalau BUKU KAFIRKAN AKU? yang ditulis oleh C.N. Al-Afghani itu ditangani sekali oleh Hadi Awang dan para penyokongnya dalam sebuah majlis yang kemudian disiarkan secara langsung oleh televisyen... tak kiralah sama ada stesen RTM, Media Prima, Al-Hijrah mahupun ASTRO...
Ramai yang mahu tahu, apa yang tertulis di dalam buku itu, adakah mencerminkan AMANAT HAJI HADI yang sebenar atau sebenarnya penulis tersebut salah faham sekaligus turut menyeret ratusan ribu orang PAS yang lain untuk faham AMANAT HAJI HADI secara harfiah.

Rasa-rasanya daripada Hadi Awang bercakap seorang diri di hadapan kamera dan ditonton menerusi televisyen, beratus kali ganda ramainya yang mahu tengok Hadi Awang menerangkan kepada kaum PAS yang pernah mengkafirkan orang UMNO menerusi AMANATnya!!

Isnin, 24 Disember 2012

Akibat percaya amanat Hadi, bekas penyokong Pas terlepas lauk daging masak kicap dirumah kenduri!

 
Ketaksuban kepada Amanat Haji Hadi menyebabkan sebahagian ahli Pas mengelak daripada mengambil lauk daging sewaktu menghadiri kenduri ahli dan penyokong UMNO kerana percaya sembelihan mereka tidak sah dan haram dimakan.

Perkara itu didedahkan bekas ahli Pas dari Kampung Bukit Payong Hulu Besut, Mat Ali Mat Resat, 62, yang turut menjelaskan, mereka juga seboleh-bolehnya cuba mengelak menghadiri kenduri dan menziarahi jenazah ahli dan penyokong UMNO dan jika terpaksa melakukannya hanya kerana mahu mengambil hati.
"Pendek kata kalau orang lain hadir ke satu-satu majlis kenduri mereka akan menikmati juadah yang disediakan dengan berselera, tetapi bagi kami hanya makan sambal cili dan acar timun. Kemudian balik makan di rumah atau di kedai," katanya.
Mat Ali menyingkap pengalaman silamnya sewaktu mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali C.N Al-Afghani masih ramai yang berpegang kuat dengan Amanat Haji Hadi sehingga kini.
Bagaimanapun kata Mat Ali, apa yang pelik adalah apabila berada diluar kampung atau dalam perjalanan, soal siapa yang menyembelih dan siapa yang menyediakan hidangan atau juadah dan di masjid mana perlu singgah tidak timbul lagi.
Katanya, jika terpaksa ke masjid berdekatan, ramai ahli dan penyokong Pas hanya hadir solat Jumaat apabila giliran imam daripada orang Pas sendiri, tetapi akan memulaukannya apabila giliran imam dalam kalangan penyokong UMNO.

“Inilah perkara yang pelik tetapi menyesatkan yang berlaku kerana kami percaya dan berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sampai sekarang masih menjadi ikutan ramai ahli dan penyokong tegar Pas,” ujarnya.
Malah, Mat Ali yang percaya dengan pendedahan Zainon itu berkata, kesediaannya untuk ditemuramah juga akan memarakkan kebencian pengikut Pas terhadapnya.
Katanya, setelah lebih 30 tahun berada dalam Pas akhirnya dia mengambil keputusan keluar dan menyertai UMNO pada 2004 apabila melihat Pas semakin terpesong setelah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
“kalau sebelum ini UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, tetapi nampaknya tidak demikian apabila Pas bekerjasama dengan kedua-dua parti yang diterajui pleh ramai kalangan bukan Islam.
“Pas nampaknya masih sanggup bekerjasama walaupun dihina oleh DAP yang jelas menolak hukum hudud dan negara Islam, tetapi perkara ini masih tidak disedari oleh ahli dan penyokong yang seolah-olah seperti patung sahaja,” jelasnya.

Sabtu, 22 Disember 2012

Nik Aziz nak bertanding PRU-13 kerana mahu mencegah kemungkaran Umno?


Ehh..kenapa Nik Aziz menangis?
Klik gambaq untuk mengetahuinya..

Wajib baca! - Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung.


 

Isu sebenar yang berlaku di Syiria.

Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkan keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:
1)Beliau mengatakan keadaan di Syria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dengan kejam.. Banding dengan Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu orang pada tempoh 60 tahun..

Tapi di Syria.. 60 ribu yang telah TERKORBAN dengan HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kan.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..
2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkan Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syria itu yang istimewa.. di mana bumi Syria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa a.s. akan turun nanti, Syam Syria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran.

3) Jadi jihad di negara Syria kerana bantu Syria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syria ramai orang tak tahu berbanding dengan Palestine.. di Syria tidak dibenarkan diwar2kan segala maklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.
Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yang tidak dibom!", masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah. Jika mereka dibom, mereka dibiarkan macam itu saja. Kesakitan hingga mati, si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakan kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga.
SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah. Mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni, akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yang lain... ambil tahu cakna tentang negara Syria, agar semua tahu dan bersatu..

Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;

 
Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:
Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.
Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.
2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya

 Fakta wasukalu
Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja.
Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.

Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria
1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel.

2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel.
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah.

4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas kejayaan revolusi Islam di Iran.

5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad.

6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.

8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa a.s. di akhir zaman.

 
Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibantu seperti mana bantuan kita kepada Palestine.

Ingat yahudi ingat syiah, Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu belaka.
Syiah di Malaysia macam mana?Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?

 kredit: Syeikh Ali As-Sobuni.
Salam Ukhuwah..~
 
Sumber: blog tok wan

Jumaat, 21 Disember 2012

Isu pergaduhan kaum di Sungai Petani, Hati-Hati Agenda OCS – Opposition Sponsored Chaos!


Sudah dibincangkan banyak kali di dalam mesyuarat strategik PKR – PRU ke 13 tidak akan mampu dimenangi oleh pembangkang TANPA wujudnya suasana kekacauan dan huru-hara. Ini sudah dibentangkan banyak kali. Dalam mesyuarat, mereka pakai singkatan OCS. Puas juga nak dapat tahu maknanya. Tapi kebetulan seorang budak AMK yang maklumkan – Opposition Sponsored Chaos.
Kejayaan HINDRAF dalam mempengaruhi undi kaum India sebelum PRU12 adalah suatu contoh di mana suasana kekacauan akan memberikan kelebihan dan advantage kepada pembangkang. Ini yang sedang dirancang dan disusun secara strategik.

Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan berikutnya memang mempunyai matlamat ini. Namun, Bersih akan menggunakan strategi lain. Apa yang perlu disampaikan oleh Bersih dan ditanam dalam minda rakyat adalah perkara-perkara seperti berikut:-

 •Membenih semangat ‘menentang’ the kerajaan;

 •Menanamkan imej buruk kepada agensi dan kerajaan;

 •Meletakkan pihak penguatkuasa sebagai ‘vultures’ dan mempunyai agenda jahat;

 •Kerajaan vs. Rakyat;

 •Wajah berbilang kaum yang anti kepada kerajaan.
 
Bersih sebenarnya adalah by-product kepada HINDRAF. Namun HINDRAF terlalu HINDU CENTRIC. HINDRAF gagal menarik undi pelbagai agama/bangsa.
Ambiga memang berjaya di peringkat awal. Namun apabila respons yang dibuat oleh NGO Melayu menampilkan Ambiga sebagai India – semuanya gagal. Ini yang buat Anwar banyak tak puas hati. Sampaikan satu peringkat, Samad Said dibawa masuk sebagai wajah Melayu kepada Bersih.
Nampaknya, OCS ini adalah sesuatu yang memang boleh memberikan dividen politik kepada pembangkang. Berdasarkan tinjauan rambang dalaman yang dilakukan PKR, sementara Bersih 1.0 mampu menarik hampir 1.2 juta undi; pelaksanaan seterusnya tidak menzahirkan traction undi yang sama. Malahan, wujud trend pengurangan undi. Kalangan yang menyokong sebelum ini terasa seperti dipergunakan oleh kelompok ini.
Inginlah diingatkan, rakyat jangan berasa risau sangat dengan apa yang berlaku – tidak kiralah di mana pun; Jinjang ke, Taman Medan ke, Taman Melati ke, Sungai Petani ke, kita perlu mencari sebab yang nyata. OCS ini agenda yang sangat licik di kalangan pembangkang. Demikian juga apa yang berlaku di Gombak, sama sahaja.

PKR memang hebat bab psy-war ini. Kena ingat tu.

Sumber - Gelagat Anwar.
 

Gelagat Anwar


PRU-13 - Manifesto BN Akan Diumum Lebih Awal.

Setiap kali menjelangnya Pilihanraya Umum sudah menjadi kewajipan bagi parti-parti politik yang bertanding mengemukakan manifesto masing-masing untuk untuk dinilai dan dipertimbangkan oleh rakyat khususnya para pengundi.

Melalui manifesto yang dibentangkan itu para pengundi akan lebih memahami hala tuju dan perancangan sesebuah parti politik atau gabungan yang disertainya sama ada ia bermanfaat kepada rakyat dan negara atau sebaliknya.
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi ini dijangkakan paling sengit dalam sejarah, untuk itu setiap manifesto oleh parti politik juga dijangkakan akan lebih menarik dari sebelumnya.
Menurut sumber-sumber dalaman yang diperolehi, BN sebagai peneraju Kerajaan Pusat kini sedang dalam proses akhir untuk menyediakan manifesto sempena PRU 13 kelak.
Sebelum ini, sudah menjadi tradisi BN membentangkan manifestonya beberapa hari sebelum hari penamaan calon, bagaimanapun BN kali ini dijangkakan akan mengumumkannya lebih awal dari kebiasaannya.

Berkemungkinan manifesto BN itu akan diumumkan dua minggu sebelum hari penamaan calon bertujuan bagi membolehkan lebih ramai rakyat dan para pengundi mengetahui dan memahami isi kandungannya.

Bagi BN yang sudah berpuluh tahun menerajui negara ini, pastinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk mempersembahkan manifestonya yang terbaik dengan janji yang realistik.
Sementara itu, pakatan pembangkang yang bernaung di bawah gabungan PR yang tidak berdaftar itu pula dijangkakan bakal berdepan kesulitan dan kesukaran memandangkan persepsi ramai tika ini terhadap mereka agak buruk.

Ini berikutan banyak janji-janji yang ditaburi oleh pemimpin PR dalam manifesto PRU 12 2008 yang lalu masih banyak lagi yang belum mampu ditunaikan sehingga ke hari ini.

Lebih memburukkan keadaan apabila Menteri Besar Kerajaan PKR Selangor, Khalid Ibrahim pada Ogos lepas secara terbuka mengakui manifesto yang dikemukakan PR pada PRU 2008 dulu bukanlah satu perjanjian yang wajib untuk dipatuhi.
Kenyataan itu tidak sahaja menyebabkan rakyat semakin menjauhi PR malah semakin meyakinkan para pengundi bahawa gabungan haram itu masih terlalu besar jurang perbezaannya bila dibandingkan dengan BN.
Berdasarkan senario ini, BN dijangkakan bakal mendapat kelebihan besar dikalangan para pengundi, lebih-lebih lagi gabungan pelbagai parti yang bergerak mengikut lunas undang-undang ini sudah terbukti reputasinya dalam menepati janji.

Pandainya Nik Aziz cari alasan nak bertanding lagi dalam PRU-13.


“jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan,”.
 
Itu kata Nik Aziz suatu ketika dulu menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999).
Nik Aziz mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana mendakwa Dr. Mahathir sudah tua dan nyanyuk serta sentiasa uzur.
Dan seperti yang kita semua tahu, Tun Mahathir telah letak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 dan hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih bertenggek sebagai MB kelantan walaupun sudah tua dan uzur seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

 

PRU-13, Nik Aziz tetap berkeras nak bertanding lagi.

 
KOTA BHARU - "Insya-Allah..apa saja perkara yang Umno tidak setuju, saya akan buat.
Macam saya kata dulu, bertanding politik bukan pada tubuh yang sihat tetapi fikiran yang betul, tidak mabuk.
Tapi,kalau ajak saya bertumbuk, saya minta maaf,’’ kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan pendirian sama untuk bertanding pada  Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) nanti.
Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka berkata, beliau tidak akan bersara selagi Umno masih mengamalkan dasar kebangsaannya dan bukannya dasar Islam yang diperjuangkan Pas.

‘Kalau  Umno tukar dasar kebangsaannya kepada dasar Islam, maka Pas dan Umno bersatu. Buat apa lagi saya berpolitik,tidur malam pun jadi tidak nyenyak.
"Tapi, selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya untuk melawan kerana ini barang mungkar," katanya ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar, di JKR 10, di sini,semalam.
Berdasarkan rekod, beliau yang kini berusia 81 tahun menyandang jawatan Mentari Besar Kelantan paling lama iaitu sejak 1990,pernah memenangi kerusi Parlimen Kelantan Hilir (kini dikenali sebagai Pengkalan  Chepa)pada 1967 dan berkhidmat sehingga 1986. – HM.

Isu semakin panas, bekas penyokong Pas tidak mahu terus memusuhi UMNO.


Ketika menjadi penyokong tegar Pas, kebencian terhadap UMNO meruap-ruap dan darahnya bagaikan menyirap apabila soal kebaikan UMNO dan kerajaan didengarinya.
Disebabkan taksub, dia juga membayangkan emosinya terganggu setiap apabila melihat bendera atau lambang UMNO dan Barisan Nasional (BN) di depan mata yang dianggapnya penghalang terhadap perjuangan jihad Pas untuk menegakkan sebuah negara Islam.
''Saya tidak boleh tengok. Ada ketikanya saya kerah budak-budak untuk membuangkan dan saya akan bergalang-ganti menghalang sebarang cubaan untuk menampal atau mengantung bendera atau lambang parti UMNO dan Barisan Nasional," ujarnya.
Hashim Deraman, 56, menceritakan Amanat Haji Hadi mengukuhkan sokongannya kepada Pas namun akhirnya dia beransur-ansur menyedari ikutan secara membuta-tuli itu suatu yang sia-sia berdasarkan pemerhatiannya terhadap tindak- tanduk para pemimpin Pas.

Apabila Pas semakin galak mempertahankan hubungannya dengan parti seperti DAP, Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM)dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dia mula berfikir apakah masih terpakai amanat itu yang menyentuh hubungan UMNO dengan parti-parti bukan Islam (MCA, MIC dan Gerakan).

Beliau mula mempersoalkan mengapa harus berterusan membenci UMNO dan penyokongnya yang menerima Islam sedangkan perjuangan Islam Pas semakin reda dan tindak tanduk pemimpinnya juga mula menampakkan mengejar kebendaan.
“Mengapa mereka masih terus memusuhi UMNO sedangkan (Pas) boleh begitu rapat dengan DAP yang jelas menolak  perjuangan ke arah negara Islam. Bagamana pula sikap kita sama ada ingin memilih calon bukan Islam DAP atau calon melayu dan Islam UMNO dalam Pilihan raya?,”
Beliau juga mengakui melihat Pas hanya lebih berperanan untuk membantu mengukuhkan DAP dan akan terus tunduk kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang, tidak nampak lagi perjuangan Islam dan jihad Pas.
Sementara itu, Ahli perlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, amanat Haji Hadi yang dikeluarkan 31 tahun lalu bukan sahaja telah memecah-belahkan umat Islam malah telah menyebabkan krisis akidah yang amat hebat.
Ekoran berpegang dengan amanat tersebut, ahli-ahli Pas memulau orang UMNO sehingga ke peringkat mengkafir.
“Itu belum dikira status mereka yang terkorban dalam peristiwa Memali apabila kesemua ahli Pas yang terkorban diangkat sebagai mati syahid kerana menentang polis di bawah kerajaan dibawah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Kesemua yang terkorban itu di kebumikan tanpa mandi dan dikafankan. Apakah hukumnya dan siapakah yang harus bertanggungjawab,”.
...
Sumber dipetik dari Utusan Malaysia hari ini, sila dapat Utusan untuk lebih banyak kupasan menarik.
 

 Klik gambar untuk baca tajuk diatas.

Khamis, 20 Disember 2012

Amanat Hadi sebenarnya ajaran sesat yang sengaja disebarkan untuk guling kerajaan!

Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 adalah ajaran sesat yang sengaja disebarkan dan digerakkan untuk menggulingkan kerajaan.
Ketika itu penyebarannya mensasarkan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pejabat kerajaan melalui usrah serta mengajak mereka bersama PAS menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap kafir.
Bekas ahli Dewan Ulama PAS, Prof Madya Mohd Noor Deris yang ketika itu bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggerakkan penyebaran amanat berkenaan mendakwa peristiwa berdarah Memali tercetus akibat amanat itu kerana kumpulan yang berkumpul di kampung itu berjuang menentang kerajaan yang dianggap tidak Islam.
“Malah, beberapa gerakan berhaluan kiri dan militan juga mula digerakkan ketika itu. Bahkan, saya pernah terbabit dengan usrah di dalam hutan di Janda Baik membabitkan pelajar IPT dan kakitangan kerajaan. Kita lakukan untuk menentang kerajaan.
“Saya sudah bertaubat dan berharap Hadi juga segera bertaubat dan menarik balik amanatnya demi kepentingan Islam. Saya menyesal kerana sudah menyesatkan ramai orang dengan amanat itu.
“Bagi saya amanat itu ajaran sesat dengan kita menggerakkan semangat jihad menentang kerajaan,” katanya mendakwa terpengaruh dengan Hadi.
Mohd Noor berkata, amanat itu dakwah songsang yang tidak seharusnya dipandang sepi oleh pihak berkuasa kerana ia membabitkan akidah umat Islam.
Sebelum ini beberapa tokoh agama, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Hadi menarik balik amanatnya kerana ia bukan saja bertentangan dengan Islam, malah mengundang perpecahan umat Islam.
Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata menjadi tanggungjawab Hadi menarik balik amanatnya dan memperbetulkan keadaan jika ada umat Islam yang sesat akibatnya.
Beliau berkata, untuk menghukum seseorang terkeluar dari Islam bukan mudah, malah Islam mempunyai peraturan dan sebagai seorang ulama, Hadi tidak sepatutnya mengkafirkan sesama Islam.
- Dipetik dari MPP Online.

Pak Da dah menyesal, anda bila lagi?

Abdul Manaf Idris, 65, dari Kampung Tanah Merah Besut, Terengganu merupakan salah seorang yang pernah mempengaruhi orang ramai untuk menyakini Amanat Haji Hadi bagi memastikan penyokong Pas terus setia dan agar orang UMNO meninggalkan parti mereka.

Lebih dikenali sebagai Pak Da, beliau yang akhirnya merasa berdosa dengan segala onar yang tercetus dalam masyarakat bertitik-tolak dengan kefahaman mengenai amanat itu, berusaha memohon maaf atas keterlanjurannya dan akan bersama membantu menyedarkan masyarakat sehingga akhir hayatnya.

''Semua ini berpunca daripada amanat itu, biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terus menafikannya tetapi beliau dan pemimpin Pas lain sehingga kini tidak pernah berusaha memperbetulkan gejala berterusan yang menyesatkan akidah ini, sedangkan perjuangan Pas dikatakan suatu dakwah," katanya yang merupakan bekas Penyelaras Pas bagi Dewan Undangan negeri Jabi bagi mengulas buku Kafirkah Aku tulisan C.N al-Afgani.

Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana kemenangan Pas di Terengganu dalam pilihanraya umum 1999 banyak memberi kesedaran kepada penyokong parti itu di negeri ini memahami bahawa perjuangan Islam yang dilaung-laungkan hanya satu khayalan.
Beliau menyifatkan kesempatan yang diberikan kepada Pas suatu rahmat kerana pengalaman itu membuka ruang untuk beliau mula memikirkan secara rasional setelah sekian lama terpengaruh dengan siri ceramah para pemimpin yang berkisar soal Amanat Haji Hadi.

“Saya mula merasakan ucapan mereka tidak menepati keimanan yang tulen. Selama ini saya mengikut sahaja. Lalu saya keluar daripada parti itu tanpa dipengaruhi atau dibeli oleh UMNO setelah mula melihat tindak-tanduk sebenar Pas.
“Pas dibawah barisan altenatif bersama DAP, PSRM dan PKR mengeluarkan menifesto bersama dan saya tercari-cari dimana kalimah membentuk negara Islam. Tiada.
“Apabila Pas menang pula di Terengganu dengan hasil menjanjikan bahawa apabila menang sebelum ayam berkokok, hudud akan dilaksanakan namun kemudiannya, Abdul Hadi berkata hudud Cuma 0.0001 peratus dalam Al-Quran,” ujarnya.
Namun, katanya, beliau semakin menyedari perjuangan Pas melencong apabila para pemimpin Pas yang lain terutama Mursyidulnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membela segala tindak-tanduk bukan Islam yang menjejaskan masa depan Islam demi menjaga kedudukan Pas. - Utusan

Rabu, 19 Disember 2012

Mengkafirkan sesama Islam dibolehkan jika mempunyai kelulusan tinggi dari Madinah – Nik Aziz.



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik.
Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.
Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.
"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.
Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi  menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.
"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.
Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".
"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.