Perkara itu didedahkan bekas ahli Pas dari Kampung Bukit
Payong Hulu Besut, Mat Ali Mat Resat, 62, yang turut menjelaskan, mereka juga
seboleh-bolehnya cuba mengelak menghadiri kenduri dan menziarahi jenazah ahli
dan penyokong UMNO dan jika terpaksa melakukannya hanya kerana mahu mengambil
hati.
"Pendek kata kalau orang lain hadir ke satu-satu majlis
kenduri mereka akan menikmati juadah yang disediakan dengan berselera, tetapi
bagi kami hanya makan sambal cili dan acar timun. Kemudian balik makan di rumah
atau di kedai," katanya.
Mat Ali menyingkap pengalaman silamnya sewaktu mengulas
pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali C.N
Al-Afghani masih ramai yang berpegang kuat dengan Amanat Haji Hadi sehingga
kini.
Bagaimanapun kata Mat Ali, apa yang pelik adalah apabila
berada diluar kampung atau dalam perjalanan, soal siapa yang menyembelih dan
siapa yang menyediakan hidangan atau juadah dan di masjid mana perlu singgah
tidak timbul lagi.
Katanya, jika terpaksa ke masjid berdekatan, ramai ahli dan
penyokong Pas hanya hadir solat Jumaat apabila giliran imam daripada orang Pas
sendiri, tetapi akan memulaukannya apabila giliran imam dalam kalangan
penyokong UMNO.
“Inilah perkara yang pelik tetapi menyesatkan yang berlaku
kerana kami percaya dan berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sampai
sekarang masih menjadi ikutan ramai ahli dan penyokong tegar Pas,” ujarnya.
Malah, Mat Ali yang percaya dengan pendedahan Zainon itu
berkata, kesediaannya untuk ditemuramah juga akan memarakkan kebencian pengikut
Pas terhadapnya.
Katanya, setelah lebih 30 tahun berada dalam Pas akhirnya
dia mengambil keputusan keluar dan menyertai UMNO pada 2004 apabila melihat Pas
semakin terpesong setelah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan
DAP.
“kalau sebelum ini UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama
dengan MCA dan MIC, tetapi nampaknya tidak demikian apabila Pas bekerjasama
dengan kedua-dua parti yang diterajui pleh ramai kalangan bukan Islam.
“Pas nampaknya masih sanggup bekerjasama walaupun dihina
oleh DAP yang jelas menolak hukum hudud dan negara Islam, tetapi perkara ini
masih tidak disedari oleh ahli dan penyokong yang seolah-olah seperti patung sahaja,”
jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan