Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
Datuk Maglin Dennis D"Cruz berkata sehingga kini lebih 4,500 peniaga
bersetuju menawarkan diskaun itu untuk kegunaan semua lapisan masyarakat dan
menjangka angka itu terus meningkat.
KDR1M merangkumi perkhidmatan perubatan klinik; restoran
makanan & minuman; hotel penginapan; arena sukan & kecergasan;
pemborong & runcit; taman tema tertutup & luar; pembinaan & hiasan
dalaman; resort peranginan; pakaian & aksesori kenderaan; perlindungan insurans
am dan sebagainya.
"Pada masa ini telah diwujudkan kad diskaun untuk
polis, tentera dan siswa.
Selepas ini kita akan keluarkan KDR1M, di mana lebih ramai
rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun apabila membeli barang keperluan
mereka," katanya ketika merasmikan ibu pejabat baru Informasi Malaysia di
No 30B, Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, Putrajaya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan