Itu kata Nik Aziz suatu ketika dulu menjelang dan selepas PRU-10 (tahun
1999).

PRU-13, Nik Aziz tetap berkeras nak bertanding lagi.
KOTA BHARU - "Insya-Allah..apa saja perkara yang Umno tidak
setuju, saya akan buat.
Macam saya kata dulu, bertanding politik bukan pada
tubuh yang sihat tetapi fikiran yang betul, tidak mabuk.
Tapi,kalau ajak saya
bertumbuk, saya minta maaf,’’ kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat
yang menyatakan pendirian sama untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) nanti.

‘Kalau Umno tukar
dasar kebangsaannya kepada dasar Islam, maka Pas dan Umno bersatu. Buat apa lagi
saya berpolitik,tidur malam pun jadi tidak nyenyak.
"Tapi, selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya untuk
melawan kerana ini barang mungkar," katanya ketika ditemui di kediaman rasmi
Menteri Besar, di JKR 10, di sini,semalam.
Berdasarkan rekod, beliau yang kini berusia 81 tahun
menyandang jawatan Mentari Besar Kelantan paling lama iaitu sejak 1990,pernah
memenangi kerusi Parlimen Kelantan Hilir (kini dikenali sebagai Pengkalan Chepa)pada 1967 dan berkhidmat sehingga 1986. –
HM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan