Melalui manifesto yang dibentangkan itu para pengundi akan
lebih memahami hala tuju dan perancangan sesebuah parti politik atau gabungan
yang disertainya sama ada ia bermanfaat kepada rakyat dan negara atau
sebaliknya.
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung tidak
berapa lama lagi ini dijangkakan paling sengit dalam sejarah, untuk itu setiap manifesto
oleh parti politik juga dijangkakan akan lebih menarik dari sebelumnya.
Menurut sumber-sumber dalaman yang diperolehi, BN sebagai
peneraju Kerajaan Pusat kini sedang dalam proses akhir untuk menyediakan
manifesto sempena PRU 13 kelak.Sebelum ini, sudah menjadi tradisi BN membentangkan manifestonya beberapa hari sebelum hari penamaan calon, bagaimanapun BN kali ini dijangkakan akan mengumumkannya lebih awal dari kebiasaannya.
Berkemungkinan manifesto BN itu akan diumumkan dua minggu sebelum hari penamaan calon bertujuan bagi membolehkan lebih ramai rakyat dan para pengundi mengetahui dan memahami isi kandungannya.
Bagi BN yang sudah berpuluh tahun menerajui negara ini, pastinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk mempersembahkan manifestonya yang terbaik dengan janji yang realistik.
Sementara itu, pakatan pembangkang yang bernaung di bawah gabungan PR yang tidak berdaftar itu pula dijangkakan bakal berdepan kesulitan dan kesukaran memandangkan persepsi ramai tika ini terhadap mereka agak buruk.
Ini berikutan banyak janji-janji yang ditaburi oleh pemimpin PR dalam manifesto PRU 12 2008 yang lalu masih banyak lagi yang belum mampu ditunaikan sehingga ke hari ini.
Lebih memburukkan keadaan apabila Menteri Besar Kerajaan PKR
Selangor, Khalid Ibrahim pada Ogos lepas secara terbuka mengakui manifesto yang
dikemukakan PR pada PRU 2008 dulu bukanlah satu perjanjian yang wajib untuk
dipatuhi.
Kenyataan itu tidak sahaja menyebabkan rakyat semakin
menjauhi PR malah semakin meyakinkan para pengundi bahawa gabungan haram itu
masih terlalu besar jurang perbezaannya bila dibandingkan dengan BN.
Berdasarkan senario ini, BN dijangkakan bakal mendapat
kelebihan besar dikalangan para pengundi, lebih-lebih lagi gabungan pelbagai
parti yang bergerak mengikut lunas undang-undang ini sudah terbukti reputasinya
dalam menepati janji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan