Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas
mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik
"Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain
politik.
Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi
berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.
Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap
Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.
"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang
mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji
Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak
lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan
lulusan Madinah yang cemerlang.
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan
beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata
beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.
Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria
menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat
mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan
berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain
politik.
"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan
di dalam jubah mufti," katanya.
Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga
seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".
"Jangan jual harga mufti dengan murah...,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan