Seramai 10 artis
semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.
Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda
UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden
Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.
Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba,
Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.
Zed Zaidi berkata, penyertaannya dalam parti itu adalah
sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam program “Jom
Masuk UMNO”.
Pelakon itu yakin corak kepimpinan Perdana Menteri akan
melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara
termasuk industri hiburan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan