YBhg. Dato' Tajul Urus Mat Zain hari ini menghadiri majlis pelancaran Kelab Usahawan Siswazah Tani atau 'MYAGROSIS' oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,Dato' Seri Noh Omar di UiTM Merbok,Kedah.
Program tersebut merupakan satu pendekatan FAMA dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani(MOA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi(MOHE) dalam usaha membudayakan keusahawanan dalam sektor pertanian kepada para siswazah.
Objektif penubuhan kelab ini antara lain ialah melahirkan generasi usahawan siswazah tani moden yang kreatif dalam mengamalkan pelbagai kaedah teknologi untuk mencapai pendapatan tinggi dalam bidang perniagaan tani,meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pemasaran pertanian untuk memenuhi keperluan makanan rakyat di negara ini yang semakin meningkat.
Kelab Usahawan Siswazah Tani yang ditubuhkan di UiTM dirancang akan dipanjangkan ke semua IPTA.Impaknya untuk menjadikan siswazah Universiti atau IPTA sebagai satu generasi usahawan moden yang berpendapatan tinggi dalam bidang pertanian menjelang tahun 2020.
"Kita nak gunakan tanah terbiar sebab sekarang di negara kita 60 peratus sayur ditanam di tanah setinggan (tidak kekal) dan tidak ada tanaman sayur secara ladang.Macam di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Merbok ini ada 170 ekar (68.8 hektar) tanah kosong.Kalau dirancang dengan baik, ia boleh jadi ladang kontrak sekali gus menampung masalah bekalan sayur dari negara jiran".
Beliau berkata buat permulaan, sebanyak RM34 juta diperuntukkan bagi menjayakan projek itu, iaitu RM10 juta masing-masing disediakan Agrobank dan Tekun Nasional, manakala RM14 juta lagi oleh kerajaan yang diumum menerusi Belanjawan 2012 bagi program ladang kontrak.
Dengan menyertai kelab berkenaan, siswazah akan memperolehi banyak manfaat kerana hasil akan dijual terus kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk dipasarkan di pasar-pasar tani.
"Y.A.B Perdana Menteri sendiri pernah meminta diberi penekanan kepada penanaman sayur,jadi saya cadangkan MyAgrosis memberi tumpuan tanam sayur"katanya.
Setiap peserta juga akan diberi kad MyAgrosis bagi
memudahkan mereka mendapat pinjaman daripada Tekun dan Agrobank selepas
menamatkan pengajian nanti selain boleh membuka akaun Agrobank secara percuma.
Peserta juga akan dilindungi insurans kemalangan peribadi
sebanyak RM10,000 dan setiap hasil mereka akan menggunakan jenama MyAgrosis
sendiri.
Pelancaran kelab itu di UiTM Merbok hari ini merupakan projek perintis yang membabitkan 366 siswazah dan hasil pertama dijangka dituai oleh Perdana Menteri dalam tempoh dua bulan sempena pelancaran Kelab MyAgrosis peringkat kebangsaan di IPTA berkenaan yang dijadualkan pada bulan Disember ini.
Program MyAgrosis turut melibatkan pelbagai agensi dibawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani lain seperti Jabatan Pertanian,Jabatan Perikanan,MARDI,LKIM,Lembaga Pertubuhan Peladang, MADA serta MPIB.Pelancaran kelab itu di UiTM Merbok hari ini merupakan projek perintis yang membabitkan 366 siswazah dan hasil pertama dijangka dituai oleh Perdana Menteri dalam tempoh dua bulan sempena pelancaran Kelab MyAgrosis peringkat kebangsaan di IPTA berkenaan yang dijadualkan pada bulan Disember ini.
*Hasil cadangan Profesor Madya Hj. Kamal Bahrin Kelab Usahawan Siswazah Tani ini dipanggil "MYAGROSIS" (MY=Malaysia;Agro=Agriculture;Sis=Siswa/siswi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan