Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata
perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya ”boleh menggemparkan fikiran orang
ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.” Buku itu diharamkan
selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim), katanya.
"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur
antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini
boleh menjurus kepada pluralisme,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.
Selain itu, katanya buku itu juga mempertahankan fahaman
sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.
"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan
kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan
dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari,” katanya.Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.
Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis. — BERNAMA