Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa
mereka akan memburu dan menangkap semua perusuh yang bertindak ganas
mencederakan anggota polis dan petugas media sepanjang perhimpunan Bersih 3.0
di ibu negara pada Sabtu lalu.
Tindakan tegas itu diambil dan polis kini dalam usaha
mengenal pasti mereka yang terlibat dalam rusuhan itu yang bukan sahaja
mencemarkan imej ibu negara malah turut mengakibatkan jumlah kerugian yang
banyak.
Bagi memastikan kesemua peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang
terlibat ditangkap, polis akan mengedarkan gambar-gambar individu yang terlibat
dalam insiden keganasan dan kekecohan itu tidak lama lagi.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, satu sidang akhbar berhubung
perkara itu akan diadakan dalam tempoh terdekat.
"Proses siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti
individu-individu tersebut. Melalui gambar-gambar yang akan diedarkan, kita
meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil
membantu siasatan," katanya.
Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu berakhir dengan
keganasan apabila pesertanya bertindak biadab dan ganas dengan merosakkan harta
benda awam selain mencederakan 13 anggota polis dan dua petugas media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan