SUNGAI PETANI –Lebih 200,000 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negara kini boleh menarik nafas lega berikutan tertubuhnya Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) 1 Malaysia yang bermatlamat untuk membela nasib mereka. Kumpulan yang mula ditubuhkan pada 1 February 2012 itu sehingga kini telah mendaftarkan hampir 20,000 ahli di seluruh negara.
Mohd Sabri |
Pengerusi KVTTB , Mohd Sabri Abdul Malik berkata, penubuhannya adalah bagi mengenang jasa veteran yang tidak menerima apa-apa
imbuhan dari kerajaan selepas bersara. Mereka -mereka ini adalah anggota yang
berhenti sebelum mencapai 21 tahun dalam perhidmatan bagi melayakkan mereka menerima
pencen.
“Mereka ini juga adalah bekas tentera yang banyak berjasa dalam
memelihara dan menjaga keselamatan negara. Jadi kerana itu KVTTB ditubuhkan
bagi membela veteran ini yang tidak mendapat apa-apa dari kerajan,” katanya.Beliau bercakap kepada media selepas majlis perasmian pendaftaran ahli KVTTB peringkat Negeri Kedah oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain di Kompleks Penyayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disini.
Menurutnya lagi, pada masa sama, Koperasi Kumpulan Veteran
Tentera Tidak Berpencen (KKVTTB) juga telah ditubuhkan.
Mohd Sabri berkata,dalam perbincangan dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib baru- baru ini, beliau telah bersetuju untuk
menyalurkan dana bagi membantu koperasi tersebut.Ini katanya, bagi membolehkan
ahli-ahli KVTTB mendapat keuntungan dari aktiviti koperasi itu kelak.Selain itu katanya, Perdana Menteri juga telah menimbangkan dan bersetuju terhadap beberapa tuntutan mereka.
“itu kita tidak mahu beritahu sekarang, biarlah Perdana
Menteri sendiri yang umum bila sampai masanya,” katanya.
Beliau turut memberitahu, KVTTB tidak disertai oleh
mana-mana bekas anggota tentera yang berpangkat besar dan tidak terikat
langsung dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas
Tentera Malaysia.
Maklumat lanjut serta borang keahlian KVTTB boleh didapati melalui
laman blog, kvttb1malaysia.blogspot.com/.
Sementara itu, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, penubuhan
KVTTB adalah wajar bagi memastikan
golongan ini tidak dipinggirkan dan kebajikan mereka diberi perhatian oleh
kerajaan.
“Saya merasakan tuntutan mereka juga perlu ditimbang secara
serius memandangkan mereka juga adalah termasuk dalam kalangan wira yang pernah
mempertahankan negara,
“Jadi saya amat bersetuju untuk YAB Perdana Menteri
mempertimbangkan permohonan mereka dan pada masa yang singkat ini
setidak-tidaknya, satu atau dua tuntutan itu dapat dipenuhi,” katanya.Tajul bersama leonard Cristhopher Peterson, 77, veteran perang dari Battalion Pertama Regimen Persekutuan 1953. |
Menyampaikan sumbangan kepada veteran cacat anggota. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan