“Kita malas membaca buku dan membekal diri dengan ilmu
pengetahuan. Dengan itu tiada pengetahuan. Kita hanya ada emosi dan kita marah.
Itu tidak kena, seharusnya alasan perlu
diberikan dan selepas itu barulah
dipertikai.
“Jika ada yang kata
perkataan ALLAH itu boleh digunakan dalam sebarang agama, itu adalah tidak
tepat. Yang tepat perkataan ALLAH itu bermula dengan agama Islam,”
"Sekiranya ada pihak lain mahu menggunakan kalimah
tersebut, apa tujuannya selain jika bukan untuk menipu pemikiran supaya orang
lain menganggap perkataan ALLAH sama dengan agama lain.
“Unsur penipuan itu memang ada, sebab itu kita tidak boleh
terima penggunaan perkataan ALLAH, tetapi apa yang kita tahu, kita tidak
bersetuju sahaja. Kita perlu jelaskan mengapa (perkataan ALLAH) bukan mereka punya
dan kita (orang Islam) punya,”
"Untuk mengembangkan agama mereka, tuhan ditukar
sebagai ALLAH. Selepas itu diterjemah Bible untuk bangsa-bangsa lain. Oleh
sebab itu di Indonesia, memang perkataan ALLAH digunakan dan juga di Malaysia, ketika zaman sebelum
merdeka di Sabah dan Sarawak, mereka menggunakan Bible yang sama menggunakan perkataan ALLAH
,”
Bicara Minda Tun Mahathir - Masa depan Melayu dan Islam
Selepas PRU13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan