Ahad, 22 Januari 2012

Tahun Baru Cina.



Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terpenting kepada orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina akan membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk seterusnya disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.Menyapu lantai dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Ada juga yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah juga dihiasi potongan kertas yang ditulis ucapan kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Ang pau juga diberi kepada ahli keluarga terdekat sewaktu jamuan pertemuan semula ini. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Tiada ulasan: