PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
pembubaran Parlimen secara langsung menerusi TV1 di Kuala Lumpur hari ini.
|
KUALA LUMPUR 3 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini bagi membolehkan
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya
yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini
hari ini.
Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat
perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mua’zam Shah pagi ini. –
UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan