Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini melancarkan Program Jimat Belanja Dapur 2013 peringkat Negeri Kedah di Pasar Tani Sungai Petani.
Pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh
Penyelaras Parlimen Merbok, merangkap pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian
Perlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain.
Program Jimat Belanja Dapur bertujuan menangani masalah
kenaikan kos sara hidup rakyat melalui jualan komoditi terpilih dari 5 -10
peratus lebih rendah dari harga pasaran melalui jualan di pasar-pasar tani.
Yang turut hadir Pengarah FAMA Negeri Kedah, Anuar Mohamed.
Yang turut hadir Pengarah FAMA Negeri Kedah, Anuar Mohamed.
Tajul Urus berkata, untuk tahun 2013, pihak FAMA telah
memilih produk 'ayam' untuk diberi harga istimewa sepanjang tahun ini dimana
pengguna boleh mendapatkan subsidi sebanyak 70 sen untuk setiap ekor daripada
peniaga di pasar tani.
Menurutnya Program Jimat Belanja Dapur ini menunjukkan
kerajaan sentiasa mendengar rintihan dan denyutan nadi rakyat terutama
suri-suri rumah yang setiap hari berbelanja untuk keperluan dapur.
Beliau menjelaskan, kos subsidi harga ayam ini bagi negeri
kedah sahaja berjumlah RM15,120.00 sebulan manakala untuk setahun jumlahnya
ialah sebanyak RM181,440.00.
“Jadi ini ialah satu lagi aspek kebajikan yang dibuat oleh
kerajaan Barisan Nasional bagi megurangkan bebanan rakyat selain pelbagai lagi
bentuk subsidi yang telah diberikan kepada rakyat selama ini,” katanya.
Beliau turut menyeru rakyat supaya bersyukur serta berterima
kasih kepada sebuah kerajaan yang perihatin terhadap kebajikan mereka setiap
masa.
Tambahnya, program seperti ini bukanlah dibuat hanya bila
menjelang pilihanraya tetapi ianya telah pun
dibuat sepanjang masa.
2 ulasan:
Assalamualaikom/salam sejahtera buat semua pembaca..
Sekadar cadangan:Kawasan perumahan Mukim Bujang (Lembah Bujang Utama)sekiranya BN boleh anjurkan gabungan Pasar Tani, Pasar Malam & Bazar Larut Malam (Uptown)setiap hari Sabtu supaya mendapat sambutan ketika orang ramai cuti hujung minggu. Mekanisma perlaksanaan, Jumaat tgh mlm diadakan Uptown bersambung Sabtu pagi-tgh hari diadakan Pasar Tani dan kemuncak acara jual beli petang-malam Sabtu dengan diadakan Pasar Malam. Mohon pendapat..
Assalamualaikom/salam sejahtera buat semua pembaca..
Sekadar cadangan:Kawasan perumahan Mukim Bujang (depan mrsm) sekiranya BN boleh anjurkan gabungan Pasar Tani, Pasar Malam & Bazar Larut Malam (Uptown)setiap hari Sabtu supaya mendapat sambutan ketika orang ramai cuti hujung minggu. Mekanisma perlaksanaan, Jumaat tgh mlm diadakan Uptown bersambung Sabtu pagi-tgh hari diadakan Pasar Tani dan kemuncak acara jual beli petang-malam Sabtu dengan diadakan Pasar Malam. Mohon pendapat..
Catat Ulasan