Ahad, 13 November 2011

Merbok Bakal Jadi Hab Pendidikan.




Merbok bakal jadi ‘hab pendidikan’, YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata demikian ketika berucap merasmikan hari anugerah cemerlang di Sekolah Kebangsaan Semeling,Bedong

Beliau berkata di Merbok  ini  ada UITM, MRSM, AIMST Universiti, Open Universiti, Kolej Insaniah serta Kolej Komuniti.


Beliau juga memberitahu, sebuah  sekolah khusus untuk anak-anak OKU juga telah dibina tetapi belum dirasmikan lagi.

Sekolah tersebut yang merupakan sekolah pendidikan khas yang terulung di Malaysia dibina khusus untuk anak-anak OKU ,dimana anak-anak OKU yang bertaburan di sekolah-sekolah rendah di Kuala Muda ataupun di Kedah akan dikumpulkan untuk belajar di sekolah itu.

"Kemudahan di sekolah  itu juga 'canggih'.Nak naik ke tingkat 1 pakai lif, sekolah rendah yang ada lif untuk pelajar OKU" katanya.

Turut akan dibina di sebelah sekolah itu, yang kini dalam proses menolak tanah adalah sebuah sekolah khas diperingkat menengah yang menelan kos lebih dari RM 50 juta.

“Jadi kalau kita lihat perkembangan di kawasan kita ini, adalah kawasan yang sudah pasti menjadi hab pendidikan di Negeri Kedah ini mahupun di Malaysia”, katanya.


Beliau yang juga bekas seorang guru dan pernah menjadi pegawai pendidikan turut mengesa  ibubapa agar terus memberi perangsang kepada anak-anak untuk  menimba ilmu serta mengambil berat akan program-program yang dianjurkan pihak sekolah demi memastikan matlamat pendidikan yang dirancang akan dapat dicapai.

Peminat Dato' "nanti besar nak jadi macam uncle"
Salah seorang murid Dato' yang kini menjadi guru di sk.Semeling.

Tiada ulasan: