'Fixie' merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Basikal fixie juga tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kekuatan kaki dengan menahan pengayuh dari berpusing. Perbuatan ini dipanggil sebagai 'skidding'.Basikal ini juga boleh dikayuh secara mengundur.
Harga basikal fixie juga agak tinggi, paling murah sekitar RM500 manakala yang lebih mahal mencecah hingga ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.Kebiasaannya penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.Penunggang basikal fixie juga mempunyai 'skill' atau 'trick' yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang mahir.
Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain berkata, di negara maju pengangkutan awam seperti bas mahu pun keretapi mempunyai tempat untuk menyangkut basikal supaya orang yang ingin menggunakan basikal mereka boleh menaiki kenderaan awam untuk jarak jauh, bila sampai tempat yang dituju, basikal boleh diturunkan dan digunakan dikawasan bandar atau dimana saja mereka ingin mengunakannya.
"Di Negara maju, keretapi pun ada tempat untuk sangkut basikal, di Holand, di Sweden, ada tempat untuk basikal di bas awam, kita nak pi jauh nak bawa basikal,kita sangkut pada bas,bas akan bawa",katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelepasan konvoi basikal fixie di Dataran Zero Sungai Petani.Konvoi tersebut disertai lebih 200 remaja akan menungang ke tapak Festival Sukan Pantai Dan Usahawan Tanjung Dawai yang sedang berlangsung sejak 1 Disember lalu hingga 1 Januari 2012.
Beliau seterusnya berkata, kemudahan berbasikal di Malaysia perlu diberi keutamaan khususnya kepada generasi baru yang minat mereka hari ini ialah berbasikal.
"Jadi kemudahan itu yang utama sekali adalah ketika kerajaan merancang pembangunan negara khususnya jalan-jalan raya kerajaan mesti juga memperuntukkan satu laluan untuk basikal.Bukan itu saja, kerajaan juga mesti mengubah undang-undang ataupun peraturan perbandaran supaya benarkan kenderaan awam seperti bas dan keretapi menyediakan kemudahan membawa basikal",jelasnya.
YBhg. Dato' turut mengingatkan peserta bahawa mereka masih dialam persekolahan, bermakna tumpuan utama harus diberikan kepada pelajaran dan masa cuti hendaklah dipenuhi dengan perkara yang berfaedah.
Sementara itu media difahamkan kelab sukan komuniti Tanjung Dawai (KSKTD) yang menganjurkan program kayuhan ini berjaya mengumpulkan kira-kira 600 pengayuh basikal fixie untuk sama-sama berkonvoi ke Tanjung Dawai.
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok yang juga pengerusi KSKTD, Saudara Annuar Ahmad, selain dari 200 penunggang yang akan bertolak dari Sungai Petani, satu kumpulan lagi akan bermula dari Alor Setar,mereka datang dari beberapa kawasan di Kedah utara, juga dari Perlis.
.
.
Di Tanjung Dawai para penunggang akan menyertai sukan pantai seperti tarik tali, futsal pantai, berkayak dan beberapa jenis sukan yang telah pun disusun pihak penganjur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan