Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen
itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.
"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah
mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.
"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk
penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun,"
katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj
bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf
golongan warga emas.
Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh
sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus
daripada RM300 kepada RM150.
"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk
tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.
Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut
diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.