Perdana Menteri berkata pakej khas itu, yang akan
diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21
hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
"Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan
1.5 juta belia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika
membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini.