Menurut Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan Kementerian
Kewangan hari ini, penyumbang utama peningkatan harga itu ialah kenaikan harga
input pertanian, kemarau, banjir, sumber terhad, persaingan penggunaan komoditi
bagi biobahan api dan pertambahan penduduk.
Justeru, kerajaan menyediakan banyak kemudahan dan
peruntukan untuk meredakan inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat,
terutamanya golongan berpendapatan 40 peratus terendah dan kelompok lain yang
paling terjejas.
Dalam meringankan kos sara hidup, inisiatif Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dengan jumlah keseluruhan RM2.2 bilion disalurkan kepada 4.3
juta keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Bantuan persekolahan sebanyak RM100 juga diberikan kepada
5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah, manakala baucar buku RM200 pula
diberi kepada 1.2 juta pelajar tingkatan enam, matrikulasi, institut pendidikan
tinggi awam dan swasta dengan masing-masing berjumlah RM545 juta dan RM244
juta.