Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya
semalam. Rata-rata, Manifesto tersebut
dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.
Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa
Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma,
murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.
Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga
sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh
dipercayai. Ini terbukti apabila Pakatan
Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.
Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang
dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.
Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan
kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.
Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan
mempunyai asas untuk ditunaikan. Oleh
itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan
menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan. Jika manusia biasa dipegang kepada
janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin
memerintah negara.
Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai
parti yang tidak pernah berjanji kosong.
Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’
sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu.
Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.
Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah
rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan.
Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam,
telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus
menyokong BN.
Antara janji-janji BN ialah:
1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan
Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan
Rumah Mampu Milik
4. Peluang
Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah
Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan
Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina
Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina
Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan
Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa
Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi
Belia
12. Merancang
Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan
Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala
Rasuah
15. Memperkukuhkan
Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan
Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber
Semula Jadi
Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya,
Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M. Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan
lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan
secara tahunan.
Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah,
memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan
keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan
sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping
dipertingkatkan lagi.
Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang
lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji
berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri
sendiri.
Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak
melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak
bagi rakyat untuk terus mempercayai pembangkang, kali ini.
Kerana, dalam membentuk masa depan negara kita, keluarga dan
diri kita sendiri, kita harus memegang sesuatu yang berasas. Kita tidak boleh
mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada pihak yang tidak boleh
dipercayai di mana sehingga kini, kita masih tidak pasti siapa yang akan di
lantik menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya mengambil alih pentadbiran
negara.
Dengan fakta ini, terbukti, BN adalah sebuah parti yang konkrit
dan kuat. Kita percaya kepada Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan kita
yakin bahawa Manifesto BN adalah satu bentuk ikrar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan