Ahad, 7 April 2013

314 Pelajar Bermasalah Pengelihatan Terima Sumbangan Cermin Mata.



Seramai 314 orang pelajar dari 7 buah sekolah dalam Parlimen Merbok  bertuah apabila menerima sumbangan cermin mata yang disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir, Tanjung Dawai  semalam.

Sumbangan ini adalah dengan kerjasama pejabat Penyelaras Perlimen Merbok bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Turut hadir timbalan ketua pemuda UMNO Bahagian Merbok, Annuar Ahmad.

Dato’ Hj Tajul Urus yang juga Ahli Lembaga Pengarah PTPTN berkata, para penerima sumbangan terdiri daripada pelajar dari 5 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Kampung Pasir, SK Sungai Lalang, SK Sri Aman, Bedong, SK Sri Wangsa dan SK Muzaffar Shah, Bujang,

Manakala 2 buah sekolah menengah pula iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria Jaya dan SMK Bandar, Sungai Petani.

Beliau menjelaskan, jika mengikut perancangan awal, objektif pemberian ini hanya untuk sekolah rendah, namun apabila pihaknya mendapat maklumat bahawa pelajar di sekolah menengah juga ramai yang mengalami masalah pengelihatan, maka pemberian ini turut diperluaskan kepada pelajar di sekolah menengah.

Selain itu katanya, pelajar sekolah di sekolah menengah merupakan yang paling ramai menerima sumbangan ini iaitu seramai 70 dan 71 orang di dua buah sekolah terbabit.






Tiada ulasan: