Manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.
Rakyat Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN
mereka akan berupaya menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa,
bukan sahaja masyarakat biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam
perniagaan.
Kemampanan ekonomi negara juga menjadikan banyak
penganalisis ekonomi meramalkan manifesto akan memacu ekonomi Malaysia ke arah
yang lebih baik sekaligus mendorong kepada status Malaysia negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Buktinya, pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik,
termasuk laman-laman sosial membicarakan manifesto BN, terutamnay berkenaan
Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh
lima tahun BN memerintah.
Berbanding 150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan
Rakyat, ternyata BN jauh mengatasi mereka dari aspek perancangan dan
pelaksanaan manifesto.
Berbeza dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya
menumpu kepada persoalan menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak
ekonomi makro terhadap negara.
BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan
bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus
membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.
Dengan iklim ekonomi dunia yang perlahan dan kelembapan
ekonomi di Eropah, pemikiran di luar kotak amat diperlukan bagi memastikan
Malaysia terus mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Ternyata, transformasi Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa
tahun ini menunjukkan kejayaan apabila ekonomi negara terus berkembang sebanyak
5 peratus, malah negara luar turut terkejut degan perkembangan yang menurut
mereka “di luar jangkaan”.
Perkara itu bagaimanapun tidak diuatarakan pembangkang,
sebaliknya lebih mempolitikkan isu manifesto seolah-olah manifesto mereka
adalah yang terbaik, sedangkan tanpa manifesto pun, BN sebenarnya telah berjaya
menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dan mapan.
BR1M ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan
apabila meningkatkan permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang
rancak dalam ekonomi sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara
bergerak. Ini memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan ‘supply
and demand’ dalam konsep ekonomi.
Manifesto yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan
akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa
beli rakyat meningkat dan bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Jelas terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi
meyakini manifesto BN melebihi manifesto pembangkang.
Tanpa perancangan ekonomi dan hala tuju ekonomi yang kukuh,
manifesto PR dilihat umpama sampah yang tidak mempunyai hasil sebaliknya akan
menyebabkan negara muflis.
Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan
sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa
meminggirkan mana-mana pihak.
Daripada aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga
emas, pengangkutan dan sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung
mengabaikan mana-mana aspek.
Sebaliknya mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi
membolehkan pencapaian negara melonjak ke paras yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan