Khamis, 18 April 2013

BN Tidak pinggir Merbok.

Merbok yang dulunya meliputi kawasan ladang getah, kini berubah wajah menjadi bandar serba moden menerusi pelbagai projek yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Walaupun kawasan parlimen itu sudah bertukar tangan kepada pembangkang selepas pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) lima tahun lalu, kerajaan BN tidak pernah meminggirkan kawasan berkenaan.

Malah pembangunan yang wujud di kawasan itu tidak pernah terhenti, dan menjadi antara kawasan paling pesat membangun di Kedah.

Pembangunan yang wujud di kawasan berkenaan membabitkan pusat pertumbuhan baru, termasuk Bandar Laguna Merbok, Bandar Lagenda Heights, Bandar Amanjaya, Semeling, bedong dan pekan Merbok sendiri.


Penyelaras Parlimen Merbok, Dato’ Hj.Tajul Urus Mat zain berkata, Kerajaan BN dan pihak swasta juga berjaya membangunkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kedah di Merbok, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta Universitu Institut Perubatan dan Sains Asia (AIMS).

Tajul Urus juga berkata, Merbok juga mempunyai potensi besar dalam pelancongan dengan produk utama hutan paya bakau di Sungai Merbok, penemuan sejarah penempatan purba di Muzium Arkeologi Sungai batu selain kesan sejarah di Lembah Bujang yang boleh dimajukan.

Katanya kerajaan BN turut bercadang menyediakan sebuah restoran makan laut di Sungai Batu bagi menjadi tarikan pelancong ke situ sekali gus membuka lebih banyak peluang pendapatan dan pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Malah kerajaan juga meluluskan peruntukan bagi membina 300 ratus unit rumah menerusi projek perumahan nelayan moden di Tanjung dawai dengan majlis pecah tanah kawasan itu dijangka disempurnakan olehPerdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

“Menerusi  pmbinaan rumah nelayan moden itu, ia melengkapkan satu pakej pelancongan di sini apabila pelancongan yang menaiki bot di jeti Sungai Semeling akan menyusuri Sungai Merbok kemudian singgah di restoran makanan laut di Sungai batu sebelum meneruskan perjalanan menaiki bot bagi melihat perumahan nelayan moden di Tanjung Dawai,” katanya.

Tajul Urus berkata pada masa sama, projek pelbagai kementerian juga berjalan lancar dalam usaha kerajan BN mahu memastikan kemudahan prasarana kepada rakyat di kawasan itu disediakan.

Katanya, ia termasuk pembinaan empat buah masjid baru dengan peruntukan lebih RM7 juta iaitu masing-masing Masjid Taman Peruda, Msajid Kampung Sungkop, Masjid batu Belacan dan Masjid laguna Merbok.

“Selain Masjid, projek lain dilakukan termasuk membaik pulih, menaik taraf dan membina rumah ibadat termasuk 10 surau baru yang dibina sepanjang tempoh lima tahun ini.

“Kerajaan persekutuan juga meluluskan peruntukan RM77 juta bagi membina jalan dua hala dengan kemudahan empat lorong bagi menghubungkan Sungai petani ke Kuala Ketil yang kini berada dalam peringkat awal pembinaan,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh lima tahun ini kerajaan persekutuan terus menjalankan tanggungjawab yang terbaik kepada rakyat walaupun sepanjang tempoh itu juga Parlimen erbok termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Tanjung dawai di kuasai pembangkang.

Katanya pembangunan yang di bawa oleh kerajaan BN di kawasan itu mencakupi semua aspek dan diharapkan  rakyat dapat memberi mandat kepada BN untuk menawan semula negeri ini.

Sumber - Berita Harian

Tiada ulasan: