Pakatan rakyat sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai
parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya
membuktikan pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi
mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.
Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz
Nik Mat menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi
Rantau Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti
Zailah Yussof.
Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk
menetang Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan “hitam” untuk PAS.
Persoalan yang timbul adalah kenapa penyandang kerusi Rantau
Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat
sukar untuk dimenangi, sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang
mudah dimenanginya?
Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud
perselisihan dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti
Zailah apabila menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah
untuk menamatkan karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.
PKR juga difahamkan akan menurunkan “keluarga Anwar Ibrahim”
untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah
Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan itu dijangka akan
turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul Nuha Anwar untuk
turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.
Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi
keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan
terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam
pilihan raya.
Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan
mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam
pilihan raya umum ke-13 kali ini.
Malah, veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind
Singh Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut
difahamkan, anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon
untuk PRU 13.
Jelas sudah dimata rakyat Pakatan rakyat adalah parti
keluarga dan pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan
tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang
bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.
Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun
tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan
mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?
Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon
pilihan raya.
Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga
tak layak jadi calon pilihan raya?
Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat
memang parti anak beranak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan