Penjawat awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan
kepada penradbiran sesebuah kerajaan, malah melalui khidmat mereka negara akan
berjaya memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat
dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Justeru kerajaan Barisan Nasional
(BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak menyedari perkara itu lantas
memberikan pelbagai imbuhan dan insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf
kumpulan penjawat awam di negara ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.
Tindakan pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan
jumlah penjawat awam sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata
menimbulkan bantahan banyak pihak. Amat menyedikan melihat aksi penyokong
Pakatan Rakyat ketika himpunan Bersih memukul dan menghina pasukan keselamatan
sebagai anjing kerajaan, sedangkan golongan itu adalah kumpulan pertama yang
akan dicari mereka sekiranya berlaku kesusahan.
Pemimpin-pemimpin mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan
menghina penjawat awam sebagai “pemalas” “lembab” dan banyak lagi. Nurul Izzah
pernah mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan
memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’.
Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan
oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah
tidak relevan sama sekali. Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga
mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk
menangani krisis Sabah.
Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak
hilang’.Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai
Pegawai Penyiasat. Sedangkan, sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke
Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am.
Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas
sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.
Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam
meliputi beberapa sektor; Sektor pendidikan (400,000); Sektor pertahanan
(300,000); Sektor keselamatan (100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor
kesihatan (50,000 Doktor + Jururawat)
Dengan jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah
penjawat awam adalah antara yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain,
iaitu sekitar 4.68 peratus. Dengan jumlah penjawat awam yang besar, barulah
kerajaan dapat melaksanakan setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara
menyeluruh dan berkesan.
Malah, janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga
menimbulkan persoalan, adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah
Melayu dan Bumiputera maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka? ataupun
disebabkan mereka sedar bahawa majoriti penjawat awam hari ini menyokong
kerajaan BN?
Sementara diherdik dan dimaki, kerajaan BN terus membela
nasib penjawat awam dalam manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan
kepada mereka. DAP kata penjawat awam lembab, Nurul Izzah pula mahu kurangkan
anggota polis.
Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara
Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam? Kena pijak, maki, cerca, tuduh
macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!
Sudah jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada
penjawat awam daripada manifesto Pakatan. Penjawat awam lebih yakini BN kerana
Pakatan Rakyat tidak tepati janji. Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik
penjawat awam daripada menjaga hati dan kebajikan mereka.
Sekiranya berjaya memerintah Putrajaya, dan PR akan
mengecilkan saiz penjawat awam, kita boleh membayangkan berapa ramai daripada
mereka yang akan dipecat dan berapa ramai pula anak-anak muda terpaksa
mengganggur akibat dipecat. Sebelum kita terpaksa melukut di tepi gantang,
diharapkan penjawat awam berupaya untuk berfikir secara menyeluruh apa yang
dilakukan kerajaan BN, dan apa yang akan dilakukan PR sekiranya memerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan