Selasa, 8 November 2011

Jamuan Deepavali - Berkorban Demi Masyarakat Yang Berjaya,Makmur dan Aman.



 “Deepavali merupakan perayaan dimana kebaikan mengatasi kejahatan,kita sedang menuju kepada sebuah negara yang begitu mencabar,dalam konteks ini saya berpendapat bahawa rakyat malaysia mesti berkorban atas perkara-perkara yang boleh, walaupun baik untuk bangsa itu,agama itu tetapi sekiranya ia boleh merosakkan keharmonian serta perpaduan keseluruhan negara kita,kita mestilah menberikan pengorbanan supaya kita dapat lahir,hidup dalam satu masyarakat yang berjaya,makmur dan aman”

Demikian petikan ucapan YBhg. Dato’ Hj.Tajul Urus Mat Zain dimajlis Jamuan Deepavali Penyelaras Parlimen Merbok yang berlangsung di Dewan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda,sungai Petani pada malam ahad lalu.Beliau berucap dihadapan kira-kira 1000 tetamu pelbagai kaum serta wakil-wakil NGO yang menghadiri jamuan tersebut.

Beliau turut mengingatkan bahawa sekiranya perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini  'pecah',untuk mengembalikan keamanan itu akan mengambil masa yang lama dan kemusnahan yang tidak ada harganya.

“Kerana itulah saya berterima kasih kepada parti-parti komponen yang telah mengatur program untuk menjemput wakil-wakil hadir dalam majlis ini sebagai tanda sokongan dan bersatu kita dibawah bendera Barisan Nasional dan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd razak”.

Sebagai pengerusi Barisan Nasional Merbok,saya memerlukan sokongan dan perpaduan dari semua masyarakat khasnya masyarakat India untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional serta kepada YAB Perdana Menteri kita Dato' Najib” katanya.

Turut serta setiausaha BN Negeri Kedah, Dato' Osman Aziz,Penyelaras DUN Bukit Selambau,ML Maran serta pemimpin-pemimpin dari MIC,MCA,PPP dan IPF yang bersama di pentas utama.

Turut diadakan majlis penyerahan cek kepada wakil Kuil Kaliaman,Bedong yang menerima sumbangan cek bernilai RM 50,000 daripada ICU,Jabatan Perdana Menteri disampaikan oleh YBhg. Dato' Osman Aziz.

Seorang pemuzik veteran dari Sungai Lalang,En.Velayutham juga bertuah menerima sumbangan kerusi roda dari YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain.Beliau yang mengalami masalah  pada kaki sebelah kiri sebelum ini berjalan menggunakan tongkat.


Selain itu penghargaan juga telah diberikan kepada En.Prabu dari Persatuan Kebajikan Masyarakat India Prihatin Sungai Petani atas jasa dan sumbangan yang dilakukan olehnya terhadap kebajikan masyarakat india.Beliau menerima cenderahati serta kalungan bunga malai dari YBhg.Dato'Hj.Tajul Urus.






Tiada ulasan: