Jumaat, 25 November 2011

Jangan Buat Silap Lagi - TPM.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.


Beliau berkata demikian selepas majlis sarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama,Sungai Petani.

Beliau juga berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.


Sementara itu beberapa pihak juga turut mengambil kesempatan atas kehadiran Tan Sri Muhyiddin ke sini untuk menyerahkan pelbagai permohonan.

"Mereka telah menyampaikan kepada saya beberapa permohonan,Sekolah Cina, Kuil, Dewan Masyarakat India, Masjid, Ini semua 1Malaysia, semuanya kita akan beri pertimbangan yang sebaik-baiknya dan akan saya beritahu kepada Dato' Tajul Urus nanti" ujarnya.



Beliau berkata perkara yang paling penting ialah BN ingin membantu rakyat supaya mereka hidup dalam keadaan yang lebih senang.

"Dan tentu yang lebih baik ialah rakyat tahu bahawa yang mampu untuk membantu mereka ialah parti dan kerajaan Barisan Nasional.Kalau tidak tuan-tuan tak datang sini minta tolong.Patut minta tolong pada menteri besar (Azizan Razak),ada 2 pilihan,satu minta tolong pada BN,kedua minta tolong pada menteri besar".

"Saya tak tahu kenapa tuan-tuan datang jumpa saya, mungkin kerana yakin BN boleh bantu,Yang mustahak di Kedah ini kita mahu pembangunan dan kemajuan, bukan setakat berpolitik sahaja.
Saya harap bila pilihanraya sampai jangan kita buat silap lagi" katanya.



Tiada ulasan: