Rabu, 23 November 2011

Bersama Pak Ngah.


Hamid Mat Isa atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dikalangan penduduk kampung Pokok Machang, Bukit Selambau merupakan antara pejuang negara yang turut bersama-sama menentang komunis suatu ketika dahulu.

Pak Ngah yang kini berusia 80 tahun, berasal dari Sidam dan berpindah ke kampung ini sejak masih kecil bersama orang tuanya.Pada waktu itu kampung ini masih dalam 'rimba' dan menjadi 'sarang' komunis.

Sewaktu pertemuan dengan Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain baru-baru ini, beliau juga menceritakan tentang betapa susah kehidupan pada zaman mudanya ketika komunis bermaharajalela selepas kekalahan tentera Jepun.

Apa yang lebih dikesalkan, ada orang melayu sendiri yang menjadi talibarut komunis untuk kepentingan diri.

Pak Ngah yang  menyertai pasukan "Home Guard' pada usia 15 tahun, amat mengharapkan agar generasi muda hari ini memahami serta menghargai pengorbanan orang terdahulu.

"Jangan mudah termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menggadaikan nasib bangsa tanpa memikirkan akibatnya, jangan jadi pengkhianat" ujarnya.


Tiada ulasan: