Ahad, 27 November 2011

Program Khatan Perdana.


YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini  merasmikan program Khatan Perdana Pemuda UMNO Malaysia bertempat di Kompleks Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani.

Program anjuran Seketariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO merbok serta pejabat penyelaras Parlimen Merbok itu melibatkan seramai 140 orang peserta dan dilakukan secara percuma oleh para doktor serta sukarelawan SHEB.


SHEB merupakan sebuah NGO dibawah naungan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mana ia dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, Tengku AzmanTengku Zainol Abidin yang juga adalah Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Tengku Azman, sejak ditubuhkan pada 2009, program berkhatan seperti ini dilakukan setiap hujung tahun(cuti sekolah) manakala untuk tahun ini (2011) SHEB menyasarkan seramai 3000 orang akan menyertai program ini di seluruh negara.Turut terlibat beberapa orang sukarelawan dari kolej-kolej perubatan sekitar Merbok dan Alor setar.

Sementara itu di Kampung Hilir,Merbok turut diadakan majlis berkhatan beramai-ramai anjuran JKKKP, Biro Tatanegara (BTN), Rukun Tetangga serta Rela dengan kerjasama Penyelaras Parlimen Merbok dan Klinik Kesihatan Merbok.




Berbeza dengan program berkhatan di JKM, disini mereka mengunakan perhidmatan 'Tok Mudim' dimana seramai 29 orang peserta telah dikhatankan pada majlis itu.
Ybhg. Dato' yang membuat lawatan selepas itu turut memberikan sumbangan kepada kanak-kanak yang terlibat.




Tiada ulasan: