Jumaat, 11 November 2011

Teruskan Kecermerlangan Ini.




YBhg. Dato’Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini dijemput bagi merasmikan Majlis Konvokesyen Tadika Star Delight kali ke-16 .

Tadika Star Delight yang terletak di Taman Bandar Baru PKNK Sungai Petani merupakan antara tadika yang mempunyai reputasi  membanggakan dimana ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika tersebut amat berpuashati serta memberi kepercayaan penuh kepada guru serta pentadbir tadika ini untuk memberi pendidikan pra sekolah terbaik kepada anak-anak mereka.Malahan ada ibubapa yang tinggal jauh dari Taman Bandar Baru juga turut menghantar anak mereka belajar disini.

Dengan 88 orang murid serta 8 orang guru, konvokesyen kali ini bertemakan  ‘Kanak-Kanak Didahulukan  Pendidikan Diutamakan, berlangsung di Dewan SJKC Min Terk,jalan Kuala Ketil Sungai Petani.

Dalam ucapannya YBhg.Dato’ turut mengingatkan tentang kepentingan pendidikan awal di peringkat pra-sekolah.

"Ini perkara yang penting, oleh kerana hari ini cabaran yang paling besar  yang akan dihadapi oleh anak-anak kita adalah cabaran untuk bersaing dengan anak-anak yang lain yang terdedah kepada pendidikan awal disekolah-sekolah tadika yang mana ini sudah tentu menyediakan mereka untuk menjejakkan kaki di sekolah rendah  dalam situsi atau keadaan yang lebih bersedia".

“Mereka didedahkan dengan keadaan sekitar  yang meransang mereka untuk maju. Jadi kerana itulah hari ini sekiranya anak-anak masuk ke sekolah darjah 1 tanpa pengalaman ataupun pendidikan yang kuat daripada tadika, kebimbangan kita anak itu akan tertinggal.Jadi kerana itulah menghantar anak belajar ke tadika ini adalah sesuatu yang mesti dan penting”

Sambil mengucapkan tahniah kepada ibubapa serta pelajar beliau turut mengharapkan agar kejayaan-kejayaan ini tidaklah berhenti di sini tetapi mereka akan meneruskan kecemerlangan dan kejayaan di peringkat sekolah rendah seterusnya di sekolah menengah dan ke universiti.

"Hari ini semua ibu bapa mesti meletakkan matlamat pembelajaran pendidikan anak-anak setidak-tidaknya anak itu mesti masuk ke universiti"  katanya.

Turut hadir ibubapa serta waris pelajar.

Bersama guru-guru Tadika Star Delight.


Tiada ulasan: