Sabtu, 19 November 2011

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai.




YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain hari ini merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sungai Petani.

Program anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat HSAH,Badan Penerapan Nilai Islam-HSAH, Faber Medi-Serve-HSAH itu merupakan satu program yang dianjurkan pada setiap tahun sejak lebih 10 tahun lalu.

Dilakukan secara percuma, antara lain bertujuan memenuhi tanggungjawab dalam memberikan rawatan terbaik serta percuma kepada masyarakat.

Menurut pakar perunding pembedahan HSAH, Dr.Rashide Yaakob, berkhatan baik dari segi kesihatan dan bukan untuk tujuan agama sahaja.

Beliau berkata, ia bukan hanya diamalkan dalam agama islam,bahkan penganut agama lain juga melakukannya.

"2 tahun lepas ada kaum india yang menyertai program ini,tapi nampaknya tahun ini tak ada" katanya.




YBhg. Dato' dalam ucapannya juga turut menyokong kenyataan Dr. Rashide mengenai kebaikan berkhatan.
Beliau yang tidak mahu mengulas panjang berkenaan hal itu kerana menurutnya Dr. Rashide telah pun menjelaskan  tentang perkara tersebut kemudian dibawa melawat kanak-kanak yang sedang menjalani proses berkhatan sambil diberi penerangan oleh Dr. Rashide.

Beliau juga turut menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak terbabit.


"Siapa yang menangis kuat tu saya bagi banyak, kalau yang menangis siki-sikit tu saya bagi satu sajalah" katanya bergurau.

YBhg. Dato' menenangkan seorang peserta yang menangis agak kuat.
Diiringi Dr. Rashide semasa memberikan sumbangan untuk peserta.


Difahamkan jumlah keseluruhan yang mendaftar pada tahun ini adalah seramai 200 orang namun di sebabkan faktor masa dan tempat hanya 90 orang yang menyertai majlis perasmian hari ini manakala selebihnya akan dilakukan esok.

Sementara itu Majlis Berkhatan Perdana Penyelaras Parlimen Merbok turut akan diadakan pada 27 November ini bertempat di Kompleks Penyayang,Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani,Kedah.

Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Merbok En. Mustapa Abdul Hamid ketika dihubungi media menyatakan, majlis itu yang dianjurkan bersama oleh Seketariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Merbok serta Penyelaras Parlimen Merbok juga akan bekerjasama dengan pihak HSAH.

"Sambutan yang kita terima sangat mengalakkan dimana penyertaan kita hadkan kepada 150 orang dan jumlah itu telah pun dipenuhi" katanya.




Tiada ulasan: