Pn.K.Sarijini, guru besar SJK(T) Ladang Batu memohon perhatian dari YBhg. Dato' Hj.Tajul Urus Mat zain untuk membaik pulih pusat sumber sekolah .Menurut Pn.Sarajini , pusat sumber memerlukan komputer, kipas serta lain-lain kemudahan asas berkaitan.
Beliau membuat permohonan tersebut ketika lawatan YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain ke sekolah itu hari ini sempena hari anugerah cemerlang sekolah itu.
Pn.Sarajini juga berkata, bilik pusat sumber sekolah ini juga adalah sebuah bilik yang menempatkan bilik guru dan pusat sumber dalam 1 kawasan tanpa penghadang.Justeru pihaknya berharap YBhg. Dato dapat membina penghadang (Partition) untuk mengasingkan keduanya.
Untuk itu YBhg. Dato' Hj. tajul Urus Mat Zain telah meminta pihak sekolah membuat surat permohonan rasmi dan dihantar ke pejabat beliau secepat mungkin untuk tindakan lanjut.
Bercakap kepada media, Dato. Hj. Tajul Urus berkata perkara tersebut perlu diselesaikan bagi memastikan prestasi dan tumpuan pelajar serta guru tidak terganggu oleh perkara yang remeh.
SJK(T) Ladang Batu mempunyai 36 orang murid dengan 11 orang guru bagi sesi 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan