Ahad, 16 Disember 2012

Kesemua calon Melayu DAP kalah teruk.


"perwakilan DAP mahu parti itu kembali kepada asal, iaitu parti untuk orang Cina. Konsep pelbagai kaum yang mahu diamalkan DAP itu ternyata tidak menguntungkan orang Melayu"


Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung Semalam.
Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.
Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).
Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.
"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.
"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya. - BERNAMA

 

Rabu, 12 Disember 2012

Pencapaian Cemerlang Negara Bukti Kebijaksanaan Kepimpinan.

Di kala keadaan ekonomi dunia berada di dalam suram di mana Amerika Syarikat mengalami kemerosotan dari segi industri pembuatan dan peluang pekerjaan, manakala negara-negara Eropah seperti Greece, Portugal, Ireland dan Spain mengalami krisis ekonomi yang getir dan China yang sedang mengalami lonjakan ekonomi secara drastik kini secara tiba-tiba kembali mendatar, Malaysia bagaimanapun, berada dalam keadaan lebih daripada selesa dengan KDNK suku pertama merekodkan 5.1%, suku kedua 5.6% dan suku ketiga 5.2% iaitu jauh lebih tinggi dari Singapura, Korea, Taiwan mahupun Hongkong yang merekodkan tidak lebih dari 3% bagi suku pertama sehingga ketiga dalam tahun ini.

Keyakinan pelabur kepada Malaysia juga kini kembali meningkat sejak penurunan yang dialami ketika krisis kewangan Asia pada 1997.    Malah, dua daripada syarikat gergasi terbesar dunia  di belakang Facebook adalah disenaraikan di Malaysia iaitu Felda Global Ventures and IHH Healthcare.   Bursa Malaysia pula berada di kedudukan paling tinggi iaitu 1,650 mata pada bulan Ogos 2012.   Dagangan Malaysia mencatatkan lebihan berterusan selama 14 tahun berturut-turut dan terus berkembang pesat.  Manakala defisit juga terus menurun sejak 2009 yang mencatatkan 6.6% kepada 4.5% pada 2012 dengan sasaran penurunan 2% dalam masa dua tahun lagi.
Daripada 142 negara, Malaysia kini berada pada tangga ke-2 dalam senarai negara paling berdaya saing di Asia, ke-6 di Asia Pasifik dan ke-25 di dunia.
Pelabur melabelkan Malaysia dan Asia Tenggara, amnya, sebagai sebuah syurga yang selamat dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil hari ini.   Dengan itu, Malaysia kini berada di tangga ke 10 dalam senarai negara paling diyakini bagi pelaburan asing, iaitu lonjakan dari tangga ke 21 pada tahun 2010.  Ini merupakan satu pencapaian yang lebih baik berbanding 2007 di mana Malaysia berada di tangga ke 16.
Berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat oleh AMCHAM’s ASEAN Business Outlook Survey, terdapat 27% responden yang menyuarakan keinginan untuk memindahkan pelaburan mereka dari China ke Malaysia dalam masa dua tahun lagi.  Menurut mereka kebijaksanaan kerajaan untuk memudahkan proses kemasukan pelaburan asing adalah antara faktor utama Malaysia menjadi pilihan pelabur.
Hakikatnya, rekod positif mengenai Malaysia ini tidak mungkin tercapai dengan sendirinya.  Ianya adalah hasil dari kesungguhan dan kecekapan serta kebijaksanaan kepimpinan dalam memacu ekonomi negara.   Justeru, tidak boleh dinafikan lagi bahawa Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib telah pun membuahkan kejayaan.
 
Ini membuktikan bahawa program yang merangkumi semua aspek ekonomi dari industri elektronik, pertanian, kesihatan, kewangan dan berbagai-bagai lagi ternyata adalah program yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi dan teliti serta bukan merupakan cakap-cakap pilihanraya atau janji kosong untuk populariti semata-mata.   Ikrar kerajaan untuk memerangi rasuah juga ternyata bukan hanya slogan hipokrit tetapi telah dilaksanakan melalui berbagai-bagai program transformasi yang kini telah terbukti berkesan sehingga diiktiraf oleh para pelabur asing juga.
 
Dengan kedudukan Malaysia yang begitu cemerlang dari segi ekonomi, dipandang tinggi kerana kelantangannya menyuarakan pendirian serta kesungguhannya memperjuangkan dunia yang lebih aman, terdapatnya segelintir rakyat Malaysia sendiri yang tidak dapat menghayati dan menghargai pencapaian ini amatlah pelik dan tidak masuk akal sekali.
Lebih-lebih lagi jika ada yang sanggup mengambil risiko dengan membuat eksperimen untuk menukar kerajaan yang telah terbukti punya kredibiliti yang tinggi dalam mentadbirurus negara sekali gus menjaga kebajikan rakyatnya serta membawa peranan yang positif dalam isu-isu global dengan sebuah kerajaan baru Pakatan Rakyat yang tidak segan silu mengakui bahawa mereka belum pun pasti ke mana arah Malaysia hendak dibawa mereka.
Tidak salah jika dikatakan bahawa begitu besarnya impak dari sebuah kepimpinan BN yang cemerlang sehinggakan tiada satu pun yang mampu dilakukan oleh pihak pembangkang tanpa mereka terhutang budi kepada kerajaan.   Malah, bendera PAS yang berkibar di Gaza yang begitu dimegahkan oleh orang-orang PAS juga tidak mungkin mampu dikibarkan jika Malaysia tidak stabil, tidak cukup kuat dan tidak cukup kemampuan untuk membolehkan ahli-ahli PAS ke sana.   Logiknya, jika ahli-ahli PAS, PKR atau DAP benar-benar menderita, kebuluran, susah dan miskin kerana ditindas oleh kerajaan BN seperti yang sering dilaung-laungkan mereka, tidak mungkin mereka akan mampu membantu sesiapa – sama ada rakyat Palestine, Rohingya mahupun saudara mara mereka sendiri sehingga menjadi kaya raya.
Inilah jasa BN pada rakyat Malaysia dan jasa ini telah terakam kemas dalam rekod ekonomi dunia dan sejarah negara.  Menafikan segala jasa ini samalah dengan menipu diri sendiri.  Menukar kerajaan ini kepada yang belum pasti samalah seperti membunuh diri.

Selasa, 11 Disember 2012

Anwar bawa Habibie untuk hancurkan Malaysia.


Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.
Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
Apabila disiar video seks ‘chinadoll’, Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.
Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.
Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.
Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.
Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang  menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau ‘archaic’, beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.
Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain.
Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.
Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.
Kini, topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi.
Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.
Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu.
Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu, Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.
Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi”, mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.
Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.
Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.
Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.
Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.
Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.
Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.
Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.
Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.
Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.
Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel, LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah.
Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia?
Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.
Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.
Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu.
Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.

Isnin, 10 Disember 2012

BN Kedah bela kebajikan rakyat.


ALOR SETAR 9 Dis. - Peranan Barisan Nasional (BN) Kedah dalam menjaga kebajikan rakyat cukup menyerlah dalam pelbagai program yang dijalankan termasuk secara rasmi dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan Pusat atau atas kapasiti UMNO bahagian, wakil rakyat dan pemimpin parti.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menerusi Program Jasa Prihatin, Kemas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
"Antara bantuan kebajikan yang disalurkan adalah membantu mangsa kebakaran, mangsa ribut, banjir, sakit, tanaman yang mengalami kerosakan, keluarga susah, bantuan rawatan di hospital serta bantuan persekolahan.
"Begitu juga apabila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali, pelbagai jenis bantuan dihulurkan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan turut sama menyambut perayaan berkenaan dengan meriah," katanya di sini hari ini.
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pada Ramadan lalu, kira-kira 45,000 penduduk miskin mendapat bantuan barangan keperluan dan wang tunai.
Katanya, dalam sambutan Deepavali dan Tahun Baru Cina pula pemimpin BN sentiasa sibuk turun padang bertemu rakyat dan menyampaikan bantuan kerana parti itu amat merasai denyut nadi rakyat yang kurang berkemampuan.
Menurutnya, antara bantuan terbaharu adalah sumbangan RM3,000 seorang kepada 12 peniaga di Pekan Jeniang yang premis peniagaan mereka terbakar pada Oktober lalu.
"Semasa banjir besar melanda Kedah pada 2010, pemimpin BN Kedah adalah yang paling ke hadapan membantu mangsa banjir.
"Mereka bertungkus lumus membantu di pusat pemindahan banjir, membantu menghulurkan makanan kepada mangsa yang tidak mahu berpindah serta melawat rumah mangsa banjir bagi memastikan keselamatan dan keperluan mereka," katanya.
Ahmad Bashah berkata, selepas banjir 2010, pelbagai jenis bantuan dihulurkan seperti wang RM500 kepada keluarga yang terlibat, bantuan barangan seperti tilam dan dapur serta bantuan terhadap kerosakan tanaman.
Bagi BN Kedah, katanya, memang menjadi iltizam parti itu untuk membantu seluruh rakyat Kedah terutama di saat mereka paling memerlukan iaitu semasa bencana dan kesusahan.
"Kita adalah parti yang peduli dengan kesusahan rakyat dan akan berusaha membantu mereka sedaya upaya.
"Janji kita juga, rakyat akan sentiasa dibantu. Kita mahu setiap rakyat turut sama merasai nikmat kejayaan negara. Yang susah adalah keutamaan BN Kedah," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, BN Kedah akan terus memperbanyakkan bantuan kepada seluruh rakyat negeri ini sekiranya diberi peluang memerintah Kedah kembali.
Menurutnya, BN amat menyedari rakyat mengharapkan bantuan kerajaan dan BN adalah parti yang sentiasa mempedulikan rakyat menerusi slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
"Memperjuangkan kepentingan rakyat adalah azimat dan matlamat kami dan kami akan berusaha demi rakyat Kedah, itu janji kami," katanya. - Utusan

Jumaat, 7 Disember 2012

Apa kata Anwar?



Ketua Pemuda Pas Bahagian Keluar Parti Bersama 320 Pengikut (Video).



Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad bersama ahli yang lain seramai 320 orang telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal.

Beliau mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul.

Beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan.

Dalam majlis yang sama, Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Besut, yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan.

Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang selama ini dicanang dalam perjuangan mereka.

Beliau meninggalkan PAS setelah hampir 20 tahun kerana tidak lagi percaya kepimpinan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya. Sikap bermuka-muka PAS jelas terbongkar ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999. Kecewa dengan sikap PAS yang lebih suka menabur fitnah daripada berbudi.

Menurutnya lagi, dia akan sedaya upaya membantu UMNO bagi menyedarkan rakan-rakannya yang masih dalam PAS untuk menyokong perjuangan UMNO.

Sumber : MALAYSIA-INSTINCT

Najib pacu ekonomi negara, Anwar masih berangan.


Melenting sungguh puak-puak pembangkang apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di belasah di pentas Perhimpunan Agung UMNO ke 66 yang baru sahaja selesai baru-baru ini.
Mungkin tidak senang dengan jolokan nama sesumpah politik atau ‘political charmeleon’ yang diberikan oleh Perdana Menteri, maka Anwar pun panas bontot dan tidak duduk senang.
Pertama beliau sanggup mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dengan Deepak Jaikishan, seorang peniaga karpet.
Pada saat Deepak menimbulkan dakwaan membabitkan seorang pemimpin Wanita dalam kes tanah menjelang Perhimpunan Agung UMNO, rakyat sudah bijak menghidu ia adalah hasil kerja tangan yang didalangi oleh Anwar.
Bak kata pepatah sudah terang bersuluh pula, kura-kura dalam perahu, berlakon pura-pura tidak tahu.
Begitulah sikap Anwar dan amat sesuai dan bertepatan sekali Datuk Seri Najib Tun Razak menganugerahkannya label sesumpah politik.
Kedua, apabila prestasinya dipertikaikan semasa menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, cepat-cepat Anwar mengarah supaya dikitar semula kenyataan mempertahankan rekod beliau.
Dahulu bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Ming, yang kini menjadi Pengerusi PKR Johor pernah mengipas Anwar dengan mengatakan beliaulah Menteri Kewangan yang terbaik pernah berkhidmat dalam kerajaan dan kini balaci kesayangannya, Azmin Ali turut berkokok dalam nada yang sama.
Hikayat yang didendang sama sahaja di mana-mana ia diceritakan iaitu ekonomi negara menikmati belanjawan lebihan atau ‘budget surplus’ sepanjang Anwar menerajui Kementerian Kewangan.
Statistik rasmi yang dihidang oleh Azmin sebagai bukti memang tidak siapa boleh pertikaikan, persoalannya adakah Anwar sebenarnya individu yang bertanggungjawab terhadap pencapaian ekonomi negara dalam tempoh 1992 – 1997 atau wujud faktor lain yang lebih penting daripada itu?
Dari siapa Anwar mewarisi jawatan Menteri Kewangan jika tidak Tun Daim Zainuddin yang telah meletakkan Malaysia di atas landasan ekonomi yang kukuh sepanjang beliau menjawat posisi itu bermula tahun 1984 sehingga 1991.
Ketika Daim meletak jawatan, pelbagai pihak menyanjung tinggi sumbangan yang telah beliau berikan kepada negara.
Daim disebut antara arkitek terbaik yang telah berjaya mengemudi ekonomi negara dengan cemerlang sekali dalam empat tahun kemerosotan ekonomi.
Beliau telah memacu empat perubahan struktur ekonomi yang strategik dalam tempoh 1986-1991 iaitu mobilisasi sektor swasta, dasar perdagangan luar yang aktif, memperkukuhkan peranan sokongan sektor swasta serta pemulihan sektor perusahaan awam.
Sehingga ke hari ini, prinsip-prinsip pengukuhan ekonomi yang dilaksanakan oleh Daim terus disanjungi dan masih diguna pakai, termasuk oleh Anwar sendiri semasa menjadi Menteri Kewangan.
Justeru, kejayaan ekonomi negara yang dipuji-puji serata dunia hingga Malaysia di golong sebagai salah satu Harimau Ekonomi di sisi Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura bukanlah hasil kerja kuat Anwar tetapi disebabkan asas ekonomi yang sungguh jitu dan kukuh yang telah ditinggalkan oleh Daim.
Seperti seorang anak yang mewarisi harta yang menimbun dari ayahnya dan tidak perlu lagi kerja kuat seumur hidup, begitu juga Anwar tidak perlu buat apa-apa lagi bagi menguatkan landasan ekonomi negara.
Anwar setakat menumpang kejayaan yang ditempa oleh Daim selama lima tahun beliau menjadi Menteri Kewangan dan hanya menuai hasil daripada usaha tekun orang lain.
Tempoh selepas 1997 adalah tempoh perit bagi ekonomi negara disebabkan oleh serangan penyagak matawang, George Soros.
Setelah memecat Anwar, Dr Mahathir telah memperkenalkan sistem kawalan pertukaran pada 1 September 1998 yang akhirnya menyelamatkan ekonomi negara.
Langkah drastik lain yang dilaksanakan termasuk menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura yang menjadi punca utama pasaran saham negara merudum akibat aktiviti jualan singkat.
Semasa Krisis Ekonomi 1997, siapa tidak tahu bagaimana Amwar cuba mengkhianati negara dengan usaha meletak Malaysia di bawah kawalan Tabung Kewangan Antarabangsa melalui kawan rapatnya, Michel Camdessus ang menjadi Pengarah Urusan IMF ketika itu.
Ketika Datuk Seri Najib mengambil alih teraju pentadbiran negara, Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi global yang berpunca dengan kemelut kewangan yang teruk di Amerika Syarikat dan seterusnya berjangkit menjadi krisis buruk di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.
Berpandukan visi dan perancangan yang jelas, Perdana Menteri tangkas memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion.
Dalam masa 10 bulan sejak pakej rangsangan pertama diumumkan, hasil yang memuaskan telah dilihat di mana 90 peratus daripada projek yang dikenal pasti telah diberikan kontrak atau sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Tindakan pro-aktif ini telah memberi suntikan yang amat diperlukan bagi memastikan ekonomi negara terus berada pada landasan yang kukuh bagi faedah dan kesejahteraan.
Perdana Menteri kemudiannya telah melaksanakan program transformsi ekonomi dan pentadbiran kerajaan secara besar-besar bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2015.
Usaha gigih beliau bukan sahaja telah mentranformsi setiap sektor ekonomi dan sektor awam ke arah pencapaian yang luar biasa tetapi juga telah mendapat pengiktirafan serta pujian antarabangsa termasuk IMF.
Sementara Anwar masih diulit fantasi teringat-ingat ketika menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara sudah jauh maju di bawah kendali Datuk Seri Najib serta jauh meninggalkan Anwar dengan kenangan masa lampau dan mimpi siang harinya.

Rabu, 5 Disember 2012

Cukuplah 12 Kali Pilihanraya Penyokong Pas Ditipu Tegakkan Negara Islam

 
Rakyat terutama penyokong Pas sepatutnya sedar dan tidak lagi membiarkan diri mereka terus ditipu parti itu yang kononnya berjuang untuk menegakkan Negara Islam.

Hakikatnya perjuangan Pas menegakkan Negara Islam bukan saja ditolak rakan pakatan mereka PKR dan DAP malah jika Pas bersendirian sekalipun mereka tidak mampu untuk melakukannya. Sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang Pas tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen.

Ini dibuktikan seperti dalam pilihanraya tahun 1969, Pas bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.

Memang jelas jika Pas menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, Pas tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik Pas ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999.

Lebih malang lagi sekarang bila Pas mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR pun, kedua-dua rakan pakatan itu siang-siang sudah tolak hasrat Pas malah untuk lantik Presiden Pas jadi Perdana Menteri pun DAP dan PKR tak mahu. Inilah perkara atau fakta yang mesti disedari rakyat terutama penyokong Pas. Jika penyokong Pas berlapang dada sudah pasti mereka tidak menolak hakikat tersebut.

Cukuplah selama 12 kali pilihanraya mereka diperdaya. Lebih dahsyat lagi kali ini Pas cuba berpakat dengan DAP dan PKR yang jelas menolak sebarang perjuangan untuk Negara Islam.


Video Eksklusif!! Bukti Anwar Ibrahim Mahu Membunuh Ekonomi Melayu!!



Dalam banyak-banyak jutawan di dalam Malaysia ini, mengapa Tan Sri Syed Mokhtar yang berbangsa Melayu juga yang menjadi mangsa untuk di jatuhkan Pakatan Haram sedangkan hakikat Tan Sri Syed Mokhtar tidak pernah terlibat di dalam politik Malaysia.
Apa yang dapat di lihat, niat Anwar Ibrahim adalah untuk menaikan semanggat bangsa lain supaya membenci bangsa Melayu yang di perjuangkan UMNO di sebalik tidak mengetepikan hak bangsa lain di Malaysia.
Jika di fikirkan secara logik, Syed Mokhtar, salah seorang jutawan Melayu yang berjaya bukanlah seorang ahli politik yang mampu menggugat politik Pakatan Haram, Syed Mokhtar hanyalah seorang ahli perniagaan yang berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri.
Dari hasil perniagaannya, Syed Mokhtar banyak membantu golongan orang miskin, banyak membuat kerja-kerja amal banyak menderma kepada yang memerlukan melalui Yayasan Al-Bukhari yang di tubuhkannya sendiri pada tahun 1996.
Tujuan utama Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan, Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin.
Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia., rumah anak yatim, madrasah dan juga masjid banyak yang beliau bina. Mungkin banyak lagi perkara yang beliau lakukan, tidak kita tahu.
Sebenarnya serangan terhadap Jutawan yang berbangsa Melayu, Syed Mokhtar ini telah di cetuskan oleh Tony Pua, ahli Palimen DAP yang mengetuai satu kumpulan rahsia DAP yang di beri nama kumpulan G17.
Tujuan utama kumpulan terbabit adalah menjatuhkan orang Melayu melalui dunia politik Malaysia supaya hak keistimewaan ketuanan Melayu dapat di hapuskan
Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan dari kumpulan ini di dalam meraih sokongan dari kalangan bukan bangsa Melayu supaya cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai.
Untuk undi dari bangsa Melayu, Anwar Ibrahim tidak merasa bimbang kerana PAS yang berada dalam Pakatan Haram di gunakan untuk menarik undi dari kalangan bangsa Melayu yang cukup sinonim dengan Agama Islam.
Ternyatalah apa yang di lakukan Anwar Ibrahim dan PAS hanyalah untuk kepentingan politik masing-masing tanpa menyedari apa yang mereka lakukan merupakan jalan termudah bagi DAP yang terbukti anti pada bangsa Melayu merealisasikan impian mereka untuk melihat bangsa Melayu yang beragama Islam merempat di tanah air sendiri sepertimana yang telah parti PAP lakukan di Singapura terhadap bangsa Melayu Singapura.
Sumber: kedah ke KL

Jasa PAS Memecah Belahkan Ummah.


“Dalam ucapan pemimpin UMNO(semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini. Apakah UMNO sahaja yang berjasa? semacam UMNO sahaja yang berjasa.”
“Pas di Kelantan pun banyak jasa,” itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.
Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari membuka mulut apabila Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak bercakap perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.
Marah benar Nik Aziz bila jasa dan bakti UMNO menjadi sebutan ramai, tambah membara kemarahannya bila sekelumit zarah pun orang ramai tak berminat memperkatakan jasa PAS untuk agama, bangsa dan negara.
Nak buat macam mana? Dulu hingga sekarang rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam sudah lama tercari-cari apa bagusnya PAS berbanding UMNO, namun tak ketemui kecuali yang banyak kelihatan ialah ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat, itu sahaja.
Hakikatnya bila dihitung jasa UMNO & BN jika dibanding dengan jasa PAS, memang jauh langit dengan bumi. Bermula dari hal-hal memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memartabatkan Islam, semuanya datang dari usaha UMNO.
Hatta dalam bab mengangkat imej dan maruah sukan bolasepak Kelantan pun terhasil dari daya usaha UMNO dan pemimpinnya, nak harapkan Nik Aziz dan PAS jenuhlah siang malam dihidangkan dengan ceramah politik saja, mana mahunya ada kemajuan.
Namun tak dinafikan, PAS di Kelantan pun ada juga jasanya misalnya dalam hal-hal menyemarakkan perpecahan orang Melayu Islam sama ada di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar.
Jasa sebegini memang sudah terbukti tak dapat ditandingi UMNO, bukan sahaja kerana UMNO tidak berminat mempraktikkannya malah juga kerana hal-hal perpecahan ini sudah mutlak milik PAS.
Lahirnya PAS itu sendiri hasil dari memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan.
Dek kerana sikap pemimpin PAS yang kemaruk mengejar kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan di tangan Tunku Abdul Rahman sewaktu pemilihan Yang Dipertua UMNO (Presiden), akhirnya pemimpin PAS mengambil keputusan keluar dari parti dan menubuhkan PAS pada 1951.
Alasan yang berselindung disebalik perjuangan Islam digunapakai untuk melemahkan kekuatan UMNO, maka gembiralah penjajah British dengan kewujudan PAS kerana percaya dengan adanya PAS bakal melambatkan proses kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu Islam.
Pemimpin PAS ketika itu tanpa mengambil kira masa depan orang Melayu Islam telah menyebarkan fahaman “apa guna negara merdeka jika sebatang jarum pun orang Melayu tidak reti buat,” dalam usaha mereka untuk memperlekehkan perjuangan kemerdekaan yang dituntut oleh UMNO.
Alhamdulillah, niat jahat British yang mengambil kesempatan dari kewujudan PAS tidak menjadi kenyataan, jika tidak sekarang ini kita mungkin masih lagi menjadi sebahagian dari jajahan British ataupun sudah termasuk dalam jajahan Melayu Raya Indonesia yang berpegang pada fahaman sekular pancasila.
Selepas negara kita merdeka PAS sepertinya tidak berpuas hati lagi, berikutan itu disebarkan pula fatwa karut politik konon sesiapa saja yang menyokong Perikatan (UMNO, MCA & MIC) hukumnya kafir, impaknya menyebabkan banyak ikatan persaudaraan antara orang Islam tergugat.
Hari ini PAS yang merupakan sebahagian dari pakatan pembangkang sibuk pula mahu menjatuhkan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO konon atas nama membanteras kezaliman. Walhal selama PAS bersama Pakatan Rakyat, segala kesucian Islam dan hak orang Melayu hampir ranap dikerjakan dek kerana terikut kehendak DAP.
Kalimah suci Allah s.w.t diperdagangkan untuk undi orang Kristian, akidah Islam digadai konon atas nama kebebasan agama manakala beribu ekar tanah di Kelantan pula kini diserah milik untuk kepentingan kroni terutama dari DAP dan Singapura.
Dan kini PAS melalui adik Nik Aziz yang bernama Nik Razi pula mempropagandakan doa politik meminta Allah s.w.t menghancurkan saudara seagama dalam UMNO dihancurkan sama seperti Namrud dan Firaun.
Sahihlah nawaitu kewujudan PAS atas muka bumi ini lebih membawa kepada perpecahan sesama saudara seagama bernading menyeru kepada secara hikmah ke arah kesedaran dan perpaduan sesama Islam.
Langsung tak membawa manfaat untuk kepentingan Islam mahupun umatnya.
Justeru itu, diharapkan Nik Aziz usahlah terlalu marah atau berang tak ketepian bila jasa bakti PAS untuk kebaikan orang Melayu Islam amat jarang diperkatakan ramai.
Sekurang-kurangnya jasa dan trademark PAS sebagai pemecah belah ummah ramai juga orang ingat, tak begitu?

Jumaat, 30 November 2012

Ikrar Najib


 

Maaf Atas kekhilafan
"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segala-galanya, sebagai kepemimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
Sumpah pemimpin UMNO
"Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepemimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam”
"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," Datuk Seri Najib Razak
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan bersama seluruh saf kepemimpinan UMNO untuk terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat orang Melayu serta membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.
UMNO tidak akan berundur “Walau apapun rintangan melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan.
“UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, semalam.
Dalam ucapan bersemangat bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional', Perdana Menteri menegaskan UMNO dan BN akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.
“Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
“Di sini, di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan.
“Di sinilah juga, dengan izin Allah SWT yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya,” katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.
PRU13 titik penentuan
Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak bukanlah satu pilihan raya yang biasa.
“Ia merupakan titik penentu kepada destinasi rakyat dan negara. Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan kepada anak-anak kita.
“Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam jika rakyat terpedaya dengan fitnah dan janji palsu pembangkang.
“Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.
“Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri,” katanya.

Perhimpunan UMNO Menenggelamkan Semua Himpunan Jalanan Pembangkang.


Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah, Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, dengan sendirinya menafikan kenyataan itu.
Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit.    Pemimpin datang dan pergi, dengan  yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.
Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti.
Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.
‘Prinsip’ adalah kunci utama kekuatan UMNO.  Mungkin segelintir di dalam parti ini mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti, prinsip parti UMNO itu sendiri tidak pernah bermasalah, malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri.
Kita lihat hari ini bagaimana parti yang menggadaikan prinsip dan parti yang tidak ada prinsip, terhoyong-hayang diheret orang.   Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan juga PKR yang lahir dari penjara.  Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh DAP.
Akibat prinsip yang caca-marba, bertukar-tukar dan tidak masuk akal, maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah.  Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya bersih, sekejap memperjuangkan alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan total, hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan.  Pendek kata, asal ada ruang, mereka pasti akan ‘berjuang’ tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira.
Akhirnya, perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang perkataan iaitu ‘BN K.O.
Maka jelaslah sudah, bahawa apa yang mereka perjuangkan bukanlah prinsip, tetapi kuasa.
Dengan menyebut nama Allah SWT, mereka memohon kecelakaan kepada saudara seagama.  Dalam keselesaan bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan,  mereka menuduh  UMNO sebagai zalim.
Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam
.Alhamdulillah, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih rasional, bijak dan matang dari pembangkang.  UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati.  Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan saudara seagama yang keliru, jahil dan buntu yang perlu terus dididik, dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan atau anjing suruhan orang lain.
UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta kesejahteraan hendaknya.  Jika mereka dipijak, UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah mendoakan UMNO celaka.

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang apabila Melayu ditindas dan hartanah dirampas tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya menyuruh mereka bertenang.  Maka UMNO jugalah yang bangkit berjuang, membela nasib mereka, walaupun mereka dulunya memangkah PAS atau PKR dalam pilihanraya.

Kerana itu, biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901, BERSIH 1 & 2, dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat  keramat sebuah Perhimpunan UMNO.

Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi yang jahat, maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu.   Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti akan dapat mengatasi doa kejahatan.
Yakinlah, perhimpunan parti keramat yang memperjuangkan kebaikan pasti mampu mengatasi walau 1000 himpunan jalanan tajaan pembangkang yang berniat jahat.  InsyaAllah, dengan prinsip yang kukuh, UMNO akan terus mara, bukan sahaja untuk Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia

PAU 2012 - Ucapan Dasar Presiden "Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional"


Khamis, 29 November 2012

UMNO tidak akan mencaci saudara seagama.


Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa UMNO tanpa ragu-ragu komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.     
Presiden UMNO itu berkata, UMNO tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang, sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.
Beliau juga berkata, UMNO akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.
Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

 

Rabu, 28 November 2012

UMNO bijak kongsi kuasa - Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sebahagian perwakilan mengaminkan doa pada perasmian serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi - Utusan.
 
Kebijaksanaan perkongsian kuasa yang dilakukan oleh UMNO bersama-sama parti komponen Barisan Nasional (BN) telah memungkinkan Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum.
Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebijaksanaan pemimpin BN terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur turut membolehkan negara ini kekal aman, makmur dan sejahtera.
''Sepanjang lima dekad pemerintahan BN, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan disuburkan dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional,'' katanya.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.
Dalam ucapan bertemakan, Bersama Melakar Kemenangan, Muhyiddin yang mengimbas serangan-serangan pembangkang terutamanya Pas dan DAP terhadap UMNO dan komponen BN menegaskan, kedua-dua parti tersebut berbuat demikian semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka.
''Pas menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam BN, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka.
''Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, MCA, MIC dan bukan juga parti-parti komponen BN yang lain.
Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, ia didalangi oleh Pas dan DAP, yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita.
''Pas dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini Pas dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan BN,'' katanya.
Hakikatnya, tegas Muhyiddin watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju, sehingga ke hari ini Pas dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

Perhimpunan sayap UMNO bermula serentak


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini memulakan perhimpunan agung masing-masing secara serentak, bermula pukul 8 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perhimpunan agung kali ini yang merupakan perhimpunan terakhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dijangka menumpukan kepada persediaan jentera parti dalam menghadapi PRU itu.
Sayap Wanita bersidang di Dewan Merdeka manakala Pemuda berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn.
Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti itu dirasmikan serentak Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.
Sebanyak 2,973 perwakilan iaitu masing-masing 991 perwakilan bagi setiap sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua pergerakan masing-masing selain usul ekonomi serta pendidikan dan agama. - BERNAMA

Jumaat, 23 November 2012

Projek perumahan nelayan tidak kira fahaman politik.

Dato' Hj. Tajul Urus menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada nelayan
di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Semalam.

PERMOHONAN projek perumahan nelayan yang diumum Perdana Menteri, akan dibuka kepada semua golongan nelayan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Tanjung Dawai tanpa mengira fahaman politik.
Penyelaras Parlimen Merbok Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain yang menolak andaian berniat jahat itu berkata, mereka yang mendaftar sebagai nelayan boleh mengemukakan permohonan bantuan ini yang bermatlamat  memastikan nelayan mendapat kehidupan yang selesa.
Beliau berkata mereka yang cukup syarat dan ingin berpindah ke tapak pembinaan tersebut boleh mendaftar apabila pendaftaran dibuka kelak.  
"Saya sendiri akan mengetuai pemilihan tersebut, bersama pengawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ahli jawatankuasa persatuan nelayan tempatan untuk memastikan rumah yang diberi oleh kerajaan dapat kepada nelayan yang memerlukannya." ,” katanya semasa Majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan bagi DUN Tanjung Dawai di Kelab Cinta Sayang,Sungai Petani.
“Ini adalah usaha kerajaan untuk membantu para nelayan demi kesejahteraan, selain meringankan beban hidup mereka,”
Justeru, golongan nelayan diingat supaya terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa prihatin akan nasib mereka agar segala bantuan dapat disalurkan kepada mereka tidak akan tergendala,” katanya.
Beliau yang juga  pengerusi Pembanguan Pertanian Parlimen Merbok berkata, ini adalah bukti keprihatinan kerajaan BN demi menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan nelayan yang berperanan penting membawa keluar hasil laut untuk dinikmati rakyat.
Selain itu katanya, golongan nelayan perlu mempelbagaikan usaha dan aktiviti perniagaan dalam menjana pendapatan mereka dengan mengusahakan aktiviti ekonomi berasaskan hasil laut.
Dalam majlis itu, seramai 909 orang nelayan menerima RM 200 elaun sara hidup bulanan.
Dalam lawatan akhkir bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, Kerajaan Pusat akan membangunkan projek pembinaan perkampungan nelayan bagi menyelesaikan masalah perumahan nelayan di Tanjung Dawai.
Projek berkenaan yang bernilai bernilai RM45 juta, akan dilaksanakan di atas tanah seluas 25 ekar akan turut dilengkapi dengan 300 unit rumah banglo serta pelbagai kemudahan termasuklah surau, dewan orang ramai, tadika, gelanggang futsal serta unit-unit kedai dan bengkel.
Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 300 keluarga nelayan yang kini tinggal di rumah yang dibina di atas tanah milik orang lain, ia menyukarkan pihak kerajaan untuk membantu mereka dari segi membaiki rumah kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.

Rabu, 21 November 2012

PAS Mengaminkan Doa Sang Iblis.


Di kala UMNO bangkit mengecam serangan Israel yang membunuh begitu ramai rakyat Palestin, saudara-saudara kita di dalam PAS pula mengecam UMNO kerana kononnya menzalimi Islam dan umat Islam di Malaysia. Di kala UMNO meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, PAS pula berdoa memohon Putrajaya!

Di kala UMNO menganggap PAS saudara seagama, PAS terus menganggap UMNO murtad dan kafir. Alasan PAS ialah UMNO menolak Islam kerana menolak hudud.

Sedangkan, mengikut Al-Quran, seseorang itu adalah Islam jika beliau berpegang kepada Rukun Iman iaitu: (1) Beriman kepada ALLAH SWT, (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat, (3) Beriman kepada Kitab-kitab, (4) Beriman kepada Rasul-rasul, (5) Beriman kepada Hari Kiamat, (6) Beriman kepada Qada dan Qadar.

Berdasarkan ajaran Al-Quran ini, maka jelas bahawa UMNO adalah Islam dan tidak melaksanakan hudud tidak menjadikan UMNO kafir kerana ia tidak termasuk dalam rukun iman yang menetapkan keIslaman seseorang. Malahan, UMNO juga telah berkali-kali menegaskan yang parti itu tidak menolak hudud tetapi tidak dapat melaksanakannya mengambil-kira kemajmukan masyarakat dan keadaan semasa di negara ini.

Namun, dalam Muktamar ke-58nya, PAS telah sekali lagi mengenepikan hakikat ini dan terus menyebarkan kebencian dan memohon kehancuran ke atas saudara seagama mereka di dalam UMNO atas alasan UMNO bukan Islam kerana menolak hudud.

Entah kenapa PAS telah terlepas pandang bahawa menyebarkan kebencian sesama Islam, meniupkan rasa riak dan takbur ke dalam diri si alim ulama dan menghukum manusia lain dengan hukum Allah adalah kerja iblis, yakni bertentangan dengan seruan Al-Quran.

Seperti yang kita sedia maklum, doa menghancurkan UMNO bukan perkara baru bagi PAS. Malah, PAS pernah berdoa lebih dari itu, dengan menujukan khas kepada individu tertentu memohon agar pecah perut dan sebagainya. Doa menghancurkan UMNO ini dilakukan saban tahun dengan solat hajat yang dihadiri beribu-ribu ahli PAS.

Saban tahun juga kita terkejut tidak mampu menerima yang begitu ramai saudara kita yang begitu jahil, tega menjadi makmum dan mengaminkan doa sang iblis. Dan saban tahun juga kita mengangkat tangan syukur kepada Allah SWT kerana doa iblis yang dibisikkan ke telinga tok-tok guru yang kononnya bertaraf wali, yang mulia lagi maksum itu, telah tidak dimakbulkan.

Sukar untuk kita memahami bagaimana dalam sibuk memperkatakan tentang agama, PAS telah terlepas pandang akan Rukun Iman, hadith dan ayat mengenai iman dan keIslaman seseorang di mana ‘hudud’ tidak langsung termasuk di dalamnya.

Dari Anas bin Malik ra, dari Nabi saw, sabdanya : “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.” (HR Bukhari dan Muslim )

Orang-orang Islam yang beriman adalah merupakan suatu kesatuan, sepertimana yang disebut oleh Allah swt di dalam kitabNya yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.”

Sebenarnya, berjihad menentang saudara seagama telah menjadi pegangan ‘agama PAS’ sejak berdekad-dekad lalu yakni bertitik tolak dari Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO. Dan kini, Nik Aziz pula memperbaharui pegangan itu dengan memurtadkan UMNO.

Penulis menyatakan ‘agama PAS’ kerana ajaran yang dibawa oleh PAS untuk memerangi saudara seagama bukanlah ajaran agama Islam, malah jauh bertentangan dan dimurkai Allah SWT.

Kesanggupan PAS membelakangkan ajaran Islam membuktikan bahawa PAS mengambil sikap membujur lalu melintang patah demi mencapai Putrajaya. Pilihanraya adalah segala-galanya bagi PAS iaitu matlamat hidup mati mereka seolah-olah ia merupakan salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah dalam ‘agama PAS’ ialah dengan memastikan parti mereka menang pilihanraya.

Malah, jika rukun iman ‘agama PAS’ disenaraikan, maka ia pasti meletakkan kemenangan pilihanraya sebagai rukun yang pertama dan hudud sebagai yang kedua. Semua rukun iman dalam Islam yang lain, tidak penting selagi kedua-dua rukun yang pertama tadi tidak dicapai.

Ini mungkin juga kerana dalam ‘agama PAS’, semua ahli telah dijanjikan syurga maka mereka tidak perlu lagi mengambil-kira tuntutan berbuat baik sesama manusia, menyayangi saudara seagama dan sebagainya.

Justeru, dengan syurga sudah didalam genggaman, apa lagi yang ahli-ahli PAS perlu perjuangkan, selain kuasa, pilihanraya dan Putrajaya. Bukan begitu?

Penulis dapat tahu bahawa ramai juga di kalangan ahli-ahli PAS yang cuak dan gusar dengan doa ini, tetapi seperti yang dijangka, kegusaran mereka tidak dapat mengatasi keinginan mereka untuk menang pilihanraya.

Kerana itu, penulis tidak mampu mengulas panjang lagi mengenai isu ini, melainkan mendoakan agar kita semua, saudara seagama, sentiasa berada di jalan yang benar, tidak kira di dalam UMNO, PAS mahupun di Palestin atau di mana juga, serta tidak kira yang alim, jahil atau apa saja rupa dan penampilannya. Selagi semuanya berpegang kepada Rukun Iman selagi itulah mereka penulis anggap sebagai saudara seagama yang disayangi lagi dikasihi dan bukan untuk diperangi.

Semoga kita semua selamat dari kehancuran akibat tipu daya sang iblis dan syaitan.

Isnin, 19 November 2012

Perkampungan nelayan bernilai RM45 juta akan dibina di Tanjung Dawai.


 
SUNGAI PETANI 18 Nov. - Kerajaan Pusat akan membangunkan projek pembinaan perkampungan nelayan bernilai RM45 juta, bagi membantu menyelesaikan masalah perumahan nelayan di Tanjung Dawai, di sini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah, sewaktu mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembangunan perkampungan nelayan di Kampung Nelayan, Tanjung Dawai, dekat sini, hari ini.
Mohd Hashim berkata, projek berkenaan yang akan dilaksanakan di atas tanah seluas 25 ekar itu akan dilengkapi dengan 300 unit rumah banglo serta pelbagai kemudahan termasuklah surau, dewan orang ramai, tadika, gelanggang futsal serta unit-unit kedai dan bengkel.

"Projek ini akan memberi manfaat kepada 300 keluarga nelayan yang kini tinggal di rumah yang dibina di atas tanah milik orang lain, ia menyukarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu mereka dari segi membaiki rumah kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.

"Kita bukan hanya memikirkan berapa banyak hasil tangkapan yang diperolehi nelayan tetapi juga kebajikan nelayan khususnya dari aspek perumahan, dan hasrat murni Perdana Menteri umumkan semasa lawatan akhir bulan lalu, memberi berita yang cukup baik untuk nelayan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mohd Hashim berkata, dengan adanya perkampungan nelayan seperti ini, beberapa aktiviti sampingan untuk membantu nelayan seperti pasar tani untuk nelayan menjual tangkapan segar, pembuatan keropok lekor serta aktiviti hiliran yang lain, akan turut diwujudkan.

"Kawasan perkampungan ini juga akan dibangunkan sebagai kawasan agro-pelancongan iaitu sebagai perkampungan moden malah, kita turut bercadang untuk membina jeti baru di perkampungan ini untuk kegunaan penduduk di sini, khususnya, bagi membawa naik hasil tangkapan mereka.

"Dalam perkampungan ini juga akan diadakan aktiviti ekonomi yang akan dikendalikan oleh nelayan dengan kerjasama persatuan nelayan untuk menambah pendapatan nelayan," katanya.

Sementara itu, Mohd Hashim berkata, projek perkampungan nelayan itu adalah yang kedua dilaksanakan iaitu selepas projek sama di Tok Bali, Kelantan yang melibatkan kos RM30 juta.

"Untuk projek di Tanjung Dawai ini, peruntukan itu sudah ada dan sudah diluluskan oleh Perdana Menteri menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memastikan projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Kita menjangkakan bahawa majlis pecah tanah untuk projek ini dapat dilaksanakan menjelang Februari tahun depan," katanya

Penyelaras parlimen Merbok Dato’ Hj. Tajul Urus Mat Zain berkata, Masalah yang disuara oleh nelayan didengari oleh Perdana Menteri, oleh itu satu projek perumahan nelayan dijalankan di sini, dan beliau mewakili nelayan berterima kasih kepada Perdana Menteri.

Katanya, Kerajaan BN merupakan kerajaan yang berpegang janji dan prihatin, oleh itu rakyat harus terus menyokong kerajaan BN pada pilihan raya yang akan tiba yang akan menjadi hadiah yang terbaik untuk diberi kepada Perdana Menteri kita.

Jumaat, 16 November 2012

Muktamar PAS ke-58: Semakin Dekat Ke Putrajaya, Semakin Jauh Meninggalkan Islam.


Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi.
Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.  Untuk itu,  Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi.
Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula esok di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).
Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan ‘menawan Putrajaya’ sebagai satu-satunya agenda besar.
Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan.
Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta  pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk ‘menawan Putrajaya’ juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.
Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.
Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu “Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya.  Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan.”
Malah, blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR.  Katanya, “Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli.”
Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi “tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain.”
Seperti juga blogger tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.  Bagaimanapun, ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP.
Nampaknya, kerana terlalu inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi.   Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya.  Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal.
Nampaknya, Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas.   Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan?
Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata?   Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya.
PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa.   Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya.  Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.
Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka.  Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi.