KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri
UMNO hari ini memulakan perhimpunan agung masing-masing secara serentak,
bermula pukul 8 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perhimpunan agung kali ini yang merupakan perhimpunan
terakhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dijangka
menumpukan kepada persediaan jentera parti dalam menghadapi PRU itu.
Sayap Wanita bersidang di Dewan Merdeka manakala Pemuda berlangsung
di Dewan Tun Dr Ismail dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn.
Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti itu dirasmikan
serentak Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.
Sebanyak 2,973 perwakilan iaitu masing-masing 991 perwakilan
bagi setiap sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua pergerakan masing-masing
selain usul ekonomi serta pendidikan dan agama. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan