Maaf Atas
kekhilafan
"Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segala-galanya, sebagai kepemimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
Sumpah pemimpin UMNO
"Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf
kepemimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah, berikrar dan berjanji, terus
mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus
membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam”
"Kita percaya,
rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa
UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat
Malaysia," Datuk Seri Najib Razak
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan bersama
seluruh saf kepemimpinan UMNO untuk terus mendahulukan kesejahteraan rakyat,
memartabat orang Melayu serta membenteng akidah umat dan memelihara agama
Islam.
UMNO tidak akan berundur “Walau apapun rintangan melanda,
biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO
tidak mungkin berpatah jalan.
“UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO
dan Barisan Nasional (BN) akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari
luar mahupun dalam," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan
Agung UMNO ke-63, semalam.
Dalam ucapan bersemangat bertemakan 'Kepimpinan
Transformatif Menuju Wawasan Nasional', Perdana Menteri menegaskan UMNO dan BN
akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat
di gelanggang demokratik.
“Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang
terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan
yang terbaik untuk rakyat Malaysia.
“Di sini, di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah
tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita
melakar masa depan.
“Di sinilah juga, dengan izin Allah SWT yang Maha Berkuasa,
kita akan bersemadi untuk selama-lamanya,” katanya disambut tepukan gemuruh
perwakilan.
PRU13 titik penentuan
Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat bahawa Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak bukanlah satu pilihan raya yang biasa.
“Ia merupakan titik penentu kepada destinasi rakyat dan
negara. Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok
untuk ditinggalkan kepada anak-anak kita.
“Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta
matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib
dipalit rasa prasangka dan prejudis,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan negara akan hancur, runtuh dan
tenggelam jika rakyat terpedaya dengan fitnah dan janji palsu pembangkang.
“Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu
berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang
darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.
“Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita
sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya,
terbangsat dan merempat di tanah sendiri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan