Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah,
Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, dengan sendirinya menafikan
kenyataan itu.
Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat
UMNO tidak pernah goyah walau sedikit.
Pemimpin datang dan pergi, dengan
yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO
kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.
Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat
sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli
terhadap parti.
Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk
memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan
negara yang dipegang sebagai prinsip utama.
‘Prinsip’ adalah kunci utama kekuatan UMNO. Mungkin segelintir di dalam parti ini
mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti, prinsip parti UMNO
itu sendiri tidak pernah bermasalah, malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus
ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri.
Kita lihat hari ini bagaimana parti yang menggadaikan
prinsip dan parti yang tidak ada prinsip, terhoyong-hayang diheret orang. Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan
juga PKR yang lahir dari penjara.
Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh
DAP.
Akibat prinsip yang caca-marba, bertukar-tukar dan tidak
masuk akal, maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah. Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya
bersih, sekejap memperjuangkan alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan
total, hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan. Pendek kata, asal ada ruang, mereka pasti
akan ‘berjuang’ tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira.
Akhirnya, perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang
perkataan iaitu ‘BN K.O.
Maka jelaslah sudah, bahawa apa yang mereka perjuangkan
bukanlah prinsip, tetapi kuasa.
Dengan menyebut nama Allah SWT, mereka memohon kecelakaan
kepada saudara seagama. Dalam keselesaan
bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam
mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan, mereka menuduh UMNO sebagai zalim.
Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah
SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam
.Alhamdulillah, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin
yang jauh lebih rasional, bijak dan matang dari pembangkang. UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu
dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati. Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan
saudara seagama yang keliru, jahil dan buntu yang perlu terus dididik,
dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan
atau anjing suruhan orang lain.
UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta
kesejahteraan hendaknya. Jika mereka
dipijak, UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah
mendoakan UMNO celaka. Inilah yang berlaku di Pulau Pinang apabila Melayu ditindas dan hartanah dirampas tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya menyuruh mereka bertenang. Maka UMNO jugalah yang bangkit berjuang, membela nasib mereka, walaupun mereka dulunya memangkah PAS atau PKR dalam pilihanraya.
Kerana itu, biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901, BERSIH 1 & 2, dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat keramat sebuah Perhimpunan UMNO.
Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi
yang jahat, maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu. Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti
akan dapat mengatasi doa kejahatan.
Yakinlah, perhimpunan parti keramat yang memperjuangkan
kebaikan pasti mampu mengatasi walau 1000 himpunan jalanan tajaan pembangkang
yang berniat jahat. InsyaAllah, dengan
prinsip yang kukuh, UMNO akan terus mara, bukan sahaja untuk Melayu tetapi
untuk semua rakyat Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan