Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa UMNO tanpa
ragu-ragu komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah,
demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.
Presiden UMNO itu berkata, UMNO tidak akan sekali-kali
mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang,
sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.
Beliau juga berkata, UMNO akan terus mempertahankan kesucian
dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.
Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka
yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar
pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini
hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan