Surat layang memburukkan BR1M.(klik gambar untuk lebih jelas) |
Kebanyakan pengguna-pengguna Facebook pro pembangkang telah pun menyebarkan surat layang seperti diatas untuk memburukan
bantuan RM500 yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional melalui Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) kononnya tujuan kerajaan memberikan RM500 adalah supaya orang bergaji rendah turut perlu membayar cukai pendapatan setelah jumlah pendapatan mereka ditambah dengan RM500 tersebut.
Bantuan RM500 ni adalah secara "one off" (sekali sahaja). Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.
Bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan
mengutip cukai? Apakah warga emas, rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dikenakan cukai sebelum ini?Dah nama pun dapat bantuan takkan la nak kutip cukai.
Tuduhan bahawa orang yang berpendapatan kurang dari
RM1,500 tidak akan mendapat bantuan juga tidak berasas,sedangkan tujuan BR1M adalah memberi bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 kebawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan