Rabu, 14 Disember 2011

Gotong-Royong Buat Bubur Asyura Di Kampung Pasir,Merbok.



Majoriti umat Islam di Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.Di utara ini,biasanya bubur asyura dibuat lebih manis.

Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.


Bagi sebahagian warga kampung Pasir,Merbok hari ini mereka berkumpul di Masjid Al-Abidi di kampung itu untuk bersama-sama bergotong-royong membuat bubur asyura dimana yang hadir adalah warga kampung dari pelbagai peringkat usia.Bubur asyura yang dibuat pula akan diagihkan kepada penduduk kampung.

Seorang penduduk,En.Halim yang ditemui berkata,program seperti ini sudah biasa dijalankan di kampung ini dan keakraban penduduk disini seperti adik-beradik.

“Mana yang tak mai tu ada bagi duit”,jelasnya.

Melanjutkan bicara beliau berkata, program seperti ini sememangnya dibuat pada setiap tahun bertujuan mengeratkan ikatan persaudaraan antara penduduk kampung pasir.



Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Saudara Annuar Ahmad turut hadir ke program itu bagi mewakili YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang tidak dapat bersama kerana berada di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: