|
Jaafar Saad |
"Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia".Bait-bait lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu amat sesuai bagi mengambarkan Jaafar Saad, 73 dari Kampung Bujang, Merbok yang begitu sabar menjaga isteri yang terlantar akibat penyakit ketumbuhan dalam kepala.Isteri beliau dikesan menghidap penyakit itu sejak tahun lalu telah terlantar selama 4 bulan dan selama itulah Jaafar setia menemaninya.
YBhg. Dato’ yang berada di kampung itu kerana menghadiri program Kacau Bubur Asyura di Dewan JKKKP Kampung Bujang meluangkan masa melawat pasangan tersebut serta menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan