Khamis, 22 Disember 2011

Program NCDP Idol 1 Malaysia.



Dengan tema komuniti sihat sejahtera,JKKKP Kampung Kuala Sin Bukit Selambau  yang dipengerusikan Tn. Hj. Ismail Wahab dengan kerjasama dari Klinik Kesihatan Bukit selambau serta Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda hari ini mengadakan Program NCDP Idol 1 Malaysia yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Sin.


Program Kuala Sin NCDP Idol 1 Malaysia merupakan rentetan dari penubuhann dan pelancaran NDCP Sihat Sejahtera Kuala Sin pada bulan Disember 2010.Setelah setahun, program ini berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti dijalankan untuk membentuk jati diri peserta bagi tujuan mengelak gejala penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung,kencing manis,darah tinggi dan sebagainya termasuk mengekalkan berat badan seimbang.

Program NCDP Idol bertujuan memberi penghargaan kepada peserta-peserta NCDP yang aktif dan dapat menjaga kesihatan ke tahap yang ideal.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Merbok, YBhg. Dato’ Hj. Tajul Urus Hj. Mat Zain.




Tiada ulasan: