Sabtu, 24 Disember 2011

Program Gotong Royong dan Asyura Perdana.


Program Gotong Royong Perdana dan Asyura Perdana Parlimen Merbok diadakan serentak pada pagi jumaat lalu.Program gotong royong yang diadakan di 2 kawasan iaitu Merbok dan Tanjung Dawai berlangsung dengan jayanya dimana ia melibatkan penyertaan pasukan tentera dari 52 Artileri Kem Lapangan Terbang, Jabatan Pertahanan Awam, Bomba, Environment Idaman serta orang awam.


Bagi kawasan Merbok tempat-tempat yang terlibat adalah Pekan Merbok, Kampung Hilir dan Kampung Tandop Batu.Manakala bagi kawasan Tanjung Dawai ia melibatkan Pekan Tanjung Dawai, Kampung Bagan Belat, Kampung Nelayan, Rumah Murah Tanjung Dawai serta Kampung Huma.Program yang bersifat mesra rakyat dilakukan bertujuan membersihkan kawasan serta menyedarkan masyarakat setempat tentang kebersihan serta pencegahan wabak denggi yang masih menjadi ancaman.

Bagi Program Asyura Perdana pula, 3 tempat telah dipilih untuk program itu iaitu Belau, Tanjung Dawai dan Pengkalan Bujang dimana setiap tempat menyediakan 5 kawah bubur asyura untuk diedarkan kepada orang ramai.Program itu dijalankan dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO bahagian Merbok.


Tiada ulasan: