Selasa, 20 Disember 2011

Majlis Makan Malam Sempena Perayaan Krismas.



                       
Majlis makan malam serta menyampaikan sumbangan sempena sambutan krismas anjuran Gereja Tamil Methodist Bandar Baru,Sungai Lalang bertempat di Dewan MIC Taman Bandar Baru.
Pengerusi majlis En. Maridas mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato' Hj.Tajul Urus Mat Zain kerana tidak lupa kepada kaum India.

"Dato' tidak men'class'kan orang India,orang Cina atau orang Melayu,orang kristian, tidak..dia seorang cikgu, biasa jaga anak murid dan dia akan jaga rakyat..sudah sampai dekat rakyat.Dia ambil berat masalah..tipa-tiap hari ada",ujarnya.


YBhg. Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain pula dalam ucapan ringkasnya menyatakan ini adalah konsep 1 Malaysia.

"sejak dari kita merdeka kita sudah berjanji untuk bersatu, melayu ,cina dan india"

"Untuk menjadi negara maju faktor yang paling penting ialah perpaduan dan kita telah membawa perpaduan dari awal sampai sekarang ini',katanya.

Turut hadir penyelaras DUN Bukit Selambau, En.M.L Maran serta ketua pemuda MIC Negeri Kedah merangkap ketua pemuda MIC Merbok, En. Prabagaran.











Tiada ulasan: